Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 13 Oktober 2016

Mari berdetox 2 kali setahun !

 

Jangan salah paham yer.. Detox ni untuk bersihkan tubuh badan kita dari segala anasir anasir jahat. Bayangkan setiap hari kita makan macam macam makanan yang berasid. Camana kita nak clearkan semua tu ? Pastu dengan ubat ubatan yang korang pun tau apa kesannya pada buah pinggang dan juga hati yang bergerak tanpa henti..  Fuh .. menakutkan !

Maaf la , mungkin penerangan aku tak sebagus pakar tapi apa yang aku dapat 4 hari di The LifeCo Phuket ni , amatlah membantu aku meneruskan kehidupan aku serta keluarga aku akan datang !

Mulakan dengan memilih makanan yang sihat selepas ini ! Aku yang selama ni macam tak kisah la apa anak nak makan asalkan diorang makan , kena tukar dah cara tu ! Tak boleh biarkan mereka begitu. Kesian mereka !!

4 hari kat sini , aku dapat banyak perubahan pada diri aku ! Makan tak banyak tapi kenyang je rasa.. Apa yang aku rasa nak makan sebenarnya cumalah satu keinginan walhal .. bukan nak makan sangat pon !

Balik Malaysia nanti , aku akan makan seperti biasa tetapi akan lebih memilih.. Tiada lagi makanan segera ! Tiada lagi makanan bergaram dan makan ala kadar ! Yang penting , setiap hari mesti ada SALAD !

image

Berdetox 2 kali setahun.. kalau dapat sebulan sekali lagi bagus. Payah sangat nak buat , gi je The LifeCo Phuket ! Confirm balik nanti , akan bawa pembaharuan !

2 komen :

Husna Rahman berkata... [Reply to comment]

detok penting tuk kembalikan kesegaran tubuh

tiap hari kita boleh detok sbnrnya iaitu dgn menjaga pemakanan serta pastikan nutrisi cukup

makan buah2an dan sayuran...say no to garam dan gula belebihan aplagi perisa tambahan...BIG NO la kat benda2 cenggini...byk mudarat dari manfaat...sedap tu mmg sedap tapi mulut jela sedap badan merana...apakes!!??

Ayumieka berkata... [Reply to comment]

wahh nnt share la cara detox yang betul... dos and donts nye... macam menarik je bila cakap 'makan sikit tapi kenyang berpanjangan'... sebab sekarang ni penyakit semua berpunca dari perut.. yang perut tu dapat dari makanan yang kita makan... maknanya kita yang undang sakit tu... sigh....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI