Poyo la lu , Ben ! - BEN ASHAARI

Poyo la lu , Ben !

 

Eleee.. baru g 3 hari ke sana .. berdetox terus nak ajar orang ! Suruh orang makan makanan yang sihat sihat ! Walhal dia dulu makan camana.. “.

Alaaa.. kejap je tuuu.. nanti cari la makanan ‘tak menyihatkan’ tuuuu.. Kita tengok jer.. “.

 

Hurm.. betul. Aku memang tak layak nak tegur orang. Tapi apa yang aku buat , adalah hasil dari pengalaman aku selama 4 hari 3 malam di The LifeCo Phuket. Pengalaman yang cukup berharga buat aku yang baru kehilangan ayahanda tercinta kerana kanser ! Dan buat yang tak tau.. kanser tersebut berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat !

Apa yang aku buat kat sana adalah untuk mengubah cara hidup aku yang selama ini aku rasakan dah betul sangat ! Kononnya diet walhal tahan perut ! Kononnya makan sayur tapi dimasak atau digoreng ! Hurmm.. kononnya berilmu rupanya ke laut dalam jugak aku !

Alhamdulillah.. tepat pada masanya. Di usia 30 40 tahun ni , aku telah pelajari bagaimana nak menikmati saki baki kehidupan. Yer , kita akan mati juga tapi apa yang aku dapat di sana ialah bagaimana nak menikmati kehidupan tanpa pengambilan ubat ubatan di usia muda ! InshaAllah.

Apakah aku akan buat semua ni sekejap je ? Aku dah tengok bagaimana arwah ayah aku derita di hujung usianya. Kesian sangat ! Terbaring atas katil. Tak boleh berkata kata. Sedikit demi sedikit hilang kenikmatan hidup. Kesian sangat ! Dan arwah sendiri bagitau aku , yang dia menyesal sangat merokok. Tapi dia sangat jaga pemakanan dia.. sebab dia ada diabetes ! Huhuh..

Aku ada 3 orang anak yang masih kecil. Andai dipanjangkan umur , aku nak jaga kesihatan aku agar dapat membesarkan mereka dengan cemerlang.

Sapa nak dengar dan ikut nasihat aku , silakan. Yang rasa dah cukup sihat , alhamdulillah.. Yang baki tu , sila fikirkan. Kalau kita mati terus , takpe.. Ni derita dulu.. masuk kuar hospital ! Sapa nak usung kita ? Nurse ? Doktor ? Heeeee…

image

5 ulasan:

  1. thanks for sharing... mmg dh kena ambil makanan yg sihat dan amalkan gaya hidup sihat ni...

    BalasPadam
  2. Thanks sharing..hehee nk amalkan hdup shat

    BalasPadam
  3. tak sabar nk tunggu ben share resepi2 detox nih...dan nk try mendetox jugak

    BalasPadam
  4. takpe ben.. kalau takde yg nak sedarkan mungkin tak sedar langsung pun.. teruskan yg mana baik..

    pssstt.. gambar ni nampak tua la..haha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.