Puas ke minum ‘air hijau’ ni ?

by - Khamis, Oktober 13, 2016

 

Dipanggil GREEN JUICE kat The LifeCo Phuket ni. Untuk pengetahuan korang , The LifeCo Phuket ni cuma cawangan di Asia jer. Yang terbesar terletak di Turki sana tu..

Makanya , kitorang kat sini bukanlah untuk main main sebaliknya memenuhi jemputan syarikat antarabangsa ni.. Jadi , tak leh main main kat sini.. huhu..

image

image

Kitorang sahut cabaran dengan berdetox ni tanpa melakukan penipuan sama sekali ! Tiada makanan  lain dalam beg atau dalam bilik. Apa yang mereka bagi , itu yang kami makan dan minum.

Tapi , puas ke ? Kenyang ke ? Masa sampai kat sini ari tu , memang itu yang kitorang rasa.. Kenyang ke ??? Aku siap nak merangkak keluar dari resort ni dan g kedai runcit yang betul betul ada depan resort ni. Dapat mee segera pon jadi laa !

Ketika ni terasa la nak garam… gula.. protein dan sebagainya ! Tapi selepas sehari berlalu , perasaan nak makan semua tu , dah berkurangan sebaliknya kitorang rasa sesuatu yang lebih menarik yakni , kesegaran !

Bayangkan , dengan apa yang kitorang minum setiap 6 jam sekali , kitorang mampu melakukan aktiviti seperti berjalan di pantai awal pagi , berenang , bersenam , berjalan jalan malah siap berbasikal lagi..

image

image

image

Makan malam , takkan minum air ni jer ? Jawapannya , yer ! Jam 6 petang sekali dan 9 malam sekali. Pastu tidur !

image

image

Air apa ni ? Nak resepi ? Apa nama program ni ? Nak join ? Nanti aku cerita lagi di entri yang lebih lengkap.. Heeee..

You May Also Like

1 comments