Sedap ke Maggi Royale Thai White ?

by - Sabtu, Oktober 08, 2016

 

Aku sepatutnya dalam mode ‘predetox’ tetapi semalam , aku gagal menahan dah ! Ditambah lagi dengan anak anak tak nak tidur awal , aku yang dah memang penat seharian tak tidur .. bersenam pagi dan petangnya , terpaksa bedal Maggi Royale yang aku tahan tahan dari hari aku membelinya yakni minggu lepas ! Huhuh.. 14 hari aku tahan wooo..

Aku koyak bungkusannya.. dan keluarkan 2 ! Wife dari jauh dah jerit..

“ Detoxxx.. detoxxx ! “ .

Ahhh… tak kira dah.. sebelum aku tumbang kat dapur ni , aku perlu recharge tenaga aku ! Eceh.. pujuk hati la kononnya ! Walhal berbelah bagi gak nak makan..

image

Akhirnya aku buat 2 bungkus dengan azam esok aku nak jogging dari Sepang ke KLCC tanpa henti untuk membakar semua kalori yang masuk ke dalam tubuh badan aku ni..

“Azam jer.. ! “

Siap masak.. Bau dia ! Fuhhhhh… Kalah mee samyang Korea tu haaa ! Memang menusuk sungguh laaa.. Macam nak aku masak je ke semua bungkus yang ada ! Hahahaha..

Kalau ada sotong atau udang , mesti lagi menarik. Aku cuma letak telur 2 bijik jer.. Tu pon selepas siap masak , aku masukkan .. Dan , fuhhhhhh ! Nasib baik laaa aku dah start berdiet.. kalau takk !

Gambar makanan ? Tak sempat amik ! Hahahaha.. Amik sebenarnya tapi.. tak cun sebab tengah kebulur masa tu ! Sedap ke tak ? Berapa bintang ?

“****.5  “

You May Also Like

1 comments