Terima kasih kawan kawan..

 

Hurm.. Nak maklumkan di group whatsapp ke tak nak eh ? Atau post di Facebook.. Hurmm.. Puas aku fikir dan aku buat keputusan , aku tunggu selesai segalanya baru aku up status. Aku tak nak ganggu hari rehat kawan kawan. Biarlah mereka yang rapat saja dimaklumkan.

Alhamdulillah.. segala urusan dipermudahkan. Selesai segalanya , baru aku maklumkan pada rakan rakan blogger KBBA9 dan juga di Facebook.

Antara sebab lain , aku tak nak mengalirkan airmata bila nanti ada yang bertanya punca dan sebagainya. Aku sebenarnya masih menahan sebak. Nasib baik ada anak anak. Aku alihkan perasaan sedih aku dengan melayan karenah mereka dan juga buat kerja kerja blog.

Teringat satu tika dulu.. Camana la aku nak hidup tanpa mak ayah di sisi di kala aku membesar ? Salute aku pada mereka yang tabah melaluinya. Aku bernasib baik merasainya di usia begini. Kalau tak ? Huhu..

Kalau ditanya apakah kenangan manis aku bersama dia yang paling aku ingat.. jawapan aku ialah.. ‘aku hampakan dia dengan gagal masuk ke sekolah sukan tetapi aku tebus segala galanya dengan membanggakan pencapaian aku di dalam dunia media sosial ni. Yelah , banyak kali keluar di majalah , suratkhabar dan television.. terpampang nama ASHAARI yakni nama dia.. Sekurang-kurangnya , aku berjaya tebus kegagalan aku di masa lalu.. Huhuh.. Aku tahu , dia bangga dalam diam..’.

image

Dan aku akan terus banggakan dia..

16 ulasan:

  1. Alhamdullillah. Semoga rohnya tenang di sana...

    BalasPadam
  2. sama2 boss...banyak yang aku belajar dari boss sebenarnya...

    macamana dan bagaimana untuk meneruskan kehidupan di atas pentas blogger...

    BalasPadam
  3. Sambil baca ni ada orang potong bawang lak....!! Pedihnya mata ni..
    Huhuhuuu...
    Al-fatehah buat ayahanda Abg Ben
    Salam Takziah

    BalasPadam
  4. yup..ayah ni nampak je diam, tapi sebenarnya dialah paling gembira

    BalasPadam
  5. alaaa sedihnya!
    tp ayah mmg susah nak tunjukkan kegembiraan dia, sama cam arwah ayah saya..

    BalasPadam
  6. Salam takziah Ben..al fatihah buat arwah ayah Ben..semoga roh arwah di tempatkan diklgn org2 yg dikasihiNya...

    BalasPadam
  7. takziah tuan, alfatihah dan moga arwah berbahagia di sana

    BalasPadam
  8. terharu sangat aku membacanya diam yang berati emas memang hanyalah perlambang sebuah kebahagiaan dankebanggaan atas pencapaian dari hasil kerja kerasnya...selamat ya

    BalasPadam
  9. InsyaAllah banyak yg Ben buat yang membanggakan dia. Untung ben duduk dekat dengan parents...

    BalasPadam
  10. salam takziah ben.. semoga lebih tabah dan kuat.. insyaAllah teruslah banggakan dia nanti di sana...

    BalasPadam
  11. Moga ganjaran syurga buat beliau. Kedua2 mak ayah aku pun dah tak der. Ko untung banggakan dia. Aku x sempat pun nak banggakan dia

    BalasPadam
  12. Emm..skrg ni kena bt anak2 banggakan kita plak..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009