Video yang membuka mata hati aku !

by - Sabtu, Oktober 29, 2016

 

Aku ingatkan takda orang perasan  rupanya memang ada yang prihatin mengenai mereka yang mudah memandang seorang pada orang lain terutama pada mereka yang ‘selekeh’ atau tidak kelihatan kaya ! Yer , aku selalu kena dulu dan sekarang pon masih ada.

Dengan viralnya video terbitan dari Petronas sempena Deepavali ni , aku berharap masyarakat lebih prihatin pada insan lain terutama pada mereka yang kelihatan ‘biasa-biasa’ ni..

Dan paling utama ialah warga Malaysia akan lebih saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama. Ini secara langsung akan membuatkan kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Wat pe nak gaduh gaduh kan ?

Video ni pon mengingatkan aku yang mana walaupun kita tidak sama taraf , tapi itu tidak menjarakkan kita untuk hidup dalam satu masyarakat yang berbilang bangsa ! Kan kan ?

Jom tonton video yang bagi aku , memang ada kebenarannya sama sekali ! Dan ianya pernah juga berlaku pada aku. Semoga dengan kehadiran perayaan Deepavali ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

Apa pendapat korang ? Video ini memang meninggalkan mesej yang mendalam buat aku , bila menonton buat pertama kalinya di Facebook baru baru ini !  Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Ini yang perlu ada pada kita semua. Prihatin tu bagus tapi jangan cepat buruk sangka !

Korang ada pendapat sendiri ? Sila tinggalkan di ruangan komen atau boleh terus komen di FB Petronas .. Kliik SINI !

Selamat Menyambut Hari Depaavali dan mari kita sama sama kekalkan keamanan di dalam negara Malaysia yang penuh dengan kecahayaan kedamaian..

You May Also Like

13 comments

  1. Terkesan juga dengan iklan petronas kali ini. Memang sukar untuk lari dari stereotype masyarakat yang judgemental berdasarkan penampilan semasa sesorang itu. Iklan deepavali dari petronas ini harap dapat membuka mata masyarakat untuk berubah.

    BalasPadam
  2. Iklan dia simple tapi mesej dia padu. Terangkan hati supaya kita bersangka baik.

    BalasPadam
  3. Hormat sesama bangsa...anak nampak dia akan ikut sama...nak mulakan perubahan...kita dlu kena respect baru generasi muda ikut jejak langkah

    BalasPadam
  4. Amma.

    Stigma.

    Permulaan semua menyangka akan dipecah runah siapa la lepas ni.

    BalasPadam
  5. Mesej yang PADU ! Maka jangan kita mudah menilai dan membuat andaian terburu-buru sekiranya tidak selami dan mengenali hati budi seseorang.

    BalasPadam
  6. Iklan Petronas tak pernah tak best. Mesej diorang jelas. Harap iklan2 gini yg dpt menguatkan kita sbg negara majmuk.

    BalasPadam
  7. bila hidup bersangka2,urmmm penyakit hati ni,sikit sebanyak terkesan.good job petronas never failed mebawa mesej.

    BalasPadam
  8. iklan petronas ni secara tak langsung mengajar kita sesuatu. jangan mudah membuat andaian sendiri. sebab kadang-kadang andaian kita tu salah.

    BalasPadam
  9. Bersangka baik... apa yg kita sangka mencerminkan hati kita

    BalasPadam
  10. Dah slalu dah prati kat mana-mana pun. Tgk org ni gini, tgk org tu gitu. Kita suka hati je nak menilai. Tgk dia selekeh je, tapi hati dia mulia sapa tau.. video ni mmg terbaik lah..

    BalasPadam
  11. Tu laa org kata, tak kenal maka tak cinta. Jgn terlalu mudah menilai org melalui luaran saja. Bagus iklan ni, peringatan untuk kita semua.

    BalasPadam