Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 11 November 2016

Aku tak mampu tengok THE WALKING DEAD S7 dah !

 

Ending episod 6 dah cukup menyedihkan aku. Dan permulaan episod 7 dah membuatkan aku hilang kata kata. Bukan takut pada zombie dah tapi pada manusia itu sendiri.

Aku tak dah beberapa enjoy nak tonton. Penuh dengan kekejaman bagi aku. Dah la dunia realiti pun penuh dengan kekejaman. Rasanya episod 7 ni , aku tak mampu tengok dah ! Ke sebab aku tua dah ? Hahahaha..

image

image

Dah 6 tahun aku follow drama ni. Memang gempak di awal awal episod tetapi di tengah tengah macam tercari arah haluan drama ni. Dan masuk yang ke 7 ni , terus macam tengok cerita keganasan abis !

Bukan apa.. bila aku tonton tv ni , aku nak relaks skit. Enjoy. Tapi bukanlah nak tonton drama cam si pilot tu haaa.. Tu ‘enjoy sangat’ sampai dah abis pon masih terbawak bawak keluar kehappyannya ! Hahahaha..

image

Dua watak yang aku suka , macam dah..hurmm.. sedih aku ! Huwaaaa ! Namun masih terlalu awal untuk aku hakimi episod ni. Mungkin ada kegempakan di bahagian ke 3 atau seterusnya ???

Banyak watak baru yang gempak ! Kena tenangkan hati bila tengok. Anak anak kecil , tak leh tengok.. 18SG sangat sangat ni.. Hahahaha..

image

Moga bahagian 3 nanti ada sedikit kegempakkan untuk menarik minat aku kembali menonton Walking Dead ni atau aku layan je Awak Sangat Nakal ! Hahahaha..

3 komen :

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

episod 1 tu mmg kejam.
gilo babas punya hentak.
kiranya hero yang ben minat slama ni x power r.
hehehe.
ada lg power upanyer.

Mrs. A berkata... [Reply to comment]

Haish! memang tak layan pun the walking dead nih.
Bila ter on channel sedang tayang citer ni terus tukar channel lain.

Azlan berkata... [Reply to comment]

Saya pun dah lama follow sejak season 1 lagi, tapi mmg betul, cara watak utama Glenn dan Abraham dimatikan agak tragis. Masih lagi follow tp musim ni episod permulaan agak slow. Apa2 pun tetap follow TWD sampai abis.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI