Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 November 2016

Berapakah Skor CTOS korang ?

 

Nak pastikan pasangan anda tiada hutang sebelum berkawin ? Hehehee.. Ada dah cara paling mudah ! Maklumlah , sekarang ni.. manusia hutang keliling pinggang ! Hutang kad kredit , kereta , rumah, pinjaman peribadi ! Bila berkawin , hutang-hutang tu mintak pasangan dia tolong settlekan.. kononnya cinta la sangat ! Takkan kottt !! Huhhh..

Baru-baru ni CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD telah melancarkan inisiatif kempen “ Berapakah Skor Ctos anda “ yang bertujuan memudahkan rakyat Malaysia membuat  pengurusan kewangan dan kredit mereka. Sebanyak 100,000 laporan secara percuma dibuka untuk mereka yang berminat untuk mengetahui Skor Ctos mereka.

image

Ini sangat mudah ! Selain nak pastikan bakal pasangan anda bukan kaki hutang , kita juga boleh periksa apakah kita layak untuk membuat pinjaman untuk pembelian hartanah dan juga kenderaan. Maklumlah , kang gi terus kat pejabat hartanah , tau tau tak layak buat pinjaman sebab banyak hutang .. maluuu ! Maka , check terlebih dahulu..

Caranya mudah jer.. Sila ke www.ctoscredit.com.my. Isi segala butiran dan tunggu keputusan ! Dan aku dah buat hari tu.. Skor aku adalah 750 ! Hehehe.. Excellent ! Aku ada satu pinjaman jer.. Pinjaman perumahan.. Hehehe..

image

image

image

Kempen ‘Berapkah Skor Ctos Anda’ bukan saja penting bagi pengurusan kredit tetapi juga alat untuk sesuatu individu mencegah pencuri identiti .Kempen ini juga menekankan kepentingan kita untuk mengemaskini laporan kredit kita biarkan kita tidak berminat untuk membuat pinjaman.

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan kelebihannya bolehlah kunjungi laman web Ctos di www.ctoscredit.com.my.

Apa lagi.. gi la check ! Sementara percuma !! Heeeee…

8 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

dah try dr hari tu asyik dload error jer...

syima yusuf berkata... [Reply to comment]

Wahh bagus juga untuk masa hadapan

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Bagus ada nya kempen sebegini...

Leen Pingu berkata... [Reply to comment]

jenuh tunggu TAC... tak dapat2

Ummi Nani berkata... [Reply to comment]

still x dapat nak semak, kekeliruan ic. kesian kat diri sendiri..hahaha

ekjoz buluh berkata... [Reply to comment]

774 score saya.

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

betul gak tu kene tengok bakal pasangan ada hutang ke idak, kalau tak nanti lepas kahwin seksa nak langsaikan hutang kalau hutang keliling pinggang

CIK TOM berkata... [Reply to comment]

oh menarikk jgk ni..tapi dah kawin..haha

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI