Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 November 2016

Bila anak hilang selera makan..

 

image

Payah dua dua nak makan.. Masak nasi , tak nak.. Tapi kalau kat luar.. Kenny Rogers akan jadi pilihan. Atau paling tidak pun , nasi beriani atau nasi ayam akan diorang makan.

Bila tak makan.. mula la makan jajan bila gi umah tok dia ! Adehh.. Puas pikir nak bagi makan apa. Dan hari ni… wife buat spagetti guna minyak zaitun !

image

Berselera makan woi ! Termasuk akuu.. Hahahaha.. Nasib baik wife buat cukup cukup je untuk 4 orang makan.. Maka aku makan sepinggan je..

Dan diorang.. Alhamdulillah.. Banyak la gak terutama Qhaliff. Tapi , sayur semua diorang tapi ! Huhuhuh.. Aku kena makan sayur sayur tu.. nasib baik skang sayur adalah kegilaan aku.

Nampak gaya , esok kena buat spagetti gak la.. Dan yang penting , gunakan minyak zaitun ! Minyak zaitun ni bagus woooo.. Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung.

Alhamdulillah.. wife kata sejak dua menjak aku kaki makan sayur dan jus ni , minyak masak 1kg tak digunakan sangat ! Banyak guna minyak zaitun jer.. Dia pun dah jarang menggoreng. Huhuhuh..

image

image

Tengah pk..camana nak kasi si Qhaliff ni makan buah dan sayur. Pandai betul tapis makanan walaupun dah masuk dalam mulut.

3 komen :

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

macam best jer juicer philips tu......tergoda pulakkkk

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Betul, anak2 sebaya Qhaliff mmg anak julia Qaiser ilman dah pandai tepis sayur dalam hidangan seharian...dulu masa baby kita lenyek brocolli dalam sup dia makan okey je sekarang mmg nampak hijau ke...bawang ke kemain tepis ...tu sebab supplimen brand Qhalif julia tak tinggal...selalu bagi penganti kepada sementara x terima sayur tu...

MISS MURNI berkata... [Reply to comment]

Sedapnyeee spagetti

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI