#GegarVaganza 2016 : Kenapa aku sokong Ameng Spring ?

 

“ You’re fighter ! ”

Walaupun dia terlupa lirik , tapi dia kembalikan keyakinan dengan membuat persembahan yang cukup mengancam ! Ini bukan pertandingan juara lagu pon kan.. hehehe..

Kenapa aku sokong dia ? Fuhh.. gile kauuu.. Meh aku senaraikan lagu lagu dia yang aku suka..

  1. Cempaka Di rembulan
  2. Butakah Cinta
  3. Kita Ditakdir kan jatuh Cinta
  4. Pesanan Buat Kekasih
  5. Romantis
  6. Sejiwa
  7. Kerana Budi Ku jatuh Hati
  8. Bourgenvilla
  9. Sejujur Manakah Kata Kata
  10. Sepi Tanpa Cinta
  11. Sampai Hati

Dan banyak lagi wehh ! Lagu-lagu dia mmg jadi siulan aku sewaktu aku di sekolah dulu. Aihhh , memang payah la nak jumpa kumpulan yang boleh buat album koleksi gini.. Otai seperti Search  Wings , May , Iklim , Slam , Ukays antara kumpulan yang bila buat album koleksi , lagu lagu dia memang best ! Dan Spring termasuk juga dalam senarai tu ! Huhuh..

Dan apa yang berlaku pada dia sebelum ni , amat sekali aku kesali dan dia berjaya kembali dengan penuh semangat ! Bukan mudah untuk kembali bersemangat dan diterima peminat !

Kalau dia terkeluar malam ni.. aku berhenti tengok Gegar Vaganza  untuk musim ni .. walaupun aku sokong Shidi dan Gmie ! Heeee…

4 ulasan:

  1. E ehh sama la kite abg ben.. hehe... :)

    BalasPadam
  2. sepatutnya Ameng terkeluar sbb lupa lirik... pertandingan tetap pertandingan huhuhu...

    BalasPadam
  3. Itulah guna ihsan juri yg tok ram kabo aritu....markah lain yg tinggi sudah cover lupa lirik yg sgt minima tu...pndpt sy je ye...ada x factor yg juri nanpak .kipidap ameng... kalu lupa mesti dia sebut. Subhanallah .trbaik ameng

    BalasPadam
  4. Kita geng la kalau gitu. OZ pun peminat Ameng dari remaja ke remaja purba.. tetap peminat ameng..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.