‘Mengambil hak orang’ tak kira tempat !

 

“ Hanphone ba hang hilang. Dua dua sekali. Yang kecik tu dan yang Lenovo tu.. Dok charge dalam bilik masa tu sebab takda bateri. “. Sedih suara mak aku.

Berlaku ketika urusan pengkebumi arwah ayah berapa minggu lepas. Kedua dua telefon tu , adalah kesayangan arwah ayah aku. Memang dia jaga betul walaupun murah. Dia simpan dalam laci berkunci bila tak digunakan dan tidak bercalar jika diletakkan dalam poket. Bukan sebab harga tetapi nilai sentimental , dia jaga sangat phone tu !

Aku tak paham perangai manusia yang jenis suka amik hak orang tanpa kira tempat dan masa  ! Agak agak la skit. Kalau bukan hak kita , jangan usik. Naya kat akhirat nanti !

image

Banyak kes gini terjadi. Sewaktu kenduri kendara adik beradik. Ada yang kehilangan barang kemas.. duit .. haishhhh ! Tak takut kot kat Allah ? Ingat berkat sangat ke amik hak orang ? Tak wooo.. Sepanjang hidup rasa bersalah !

Aku malas nak menuduh orang. Biarlah… ada pasang surut kehidupan ni. Hari ni hari kita.. esok lusa.. sapa tau kan ? Maka sebelum kita nak buat apa apa , pastikan fikir panjang ! Jangan main sauk jer.. Sian insan tu nanti.

Sian mak.. banyak gambar arwah dalam tu..  Huhuh..

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009