Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 25 November 2016

Mengandung atau gemuk ?

 

Masalah sebenarnya.. Kejadian berlaku di Times Square tengahari tadi. Dalam lif , ada la sepasang laki bini bersama kitorang. Si isteri nampak peramah. Dia menegur Aariz. Aku memandang dia. Kelihatan dia seperti mengandung.. kot ?

Si isteri menegur wife… dia bertanyakan umur Aariz. Wife menjawab. Dan kemudian wife pon bertanya kembali..

“ Mengandung ke ? “.

Soalan ni maut sebenarnya. Kalau orang tu jenis sinis , dia akan bagi jawapan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia jenis matang , dia akan jawab dengan ramahnya..

“ Ya.. “. Jawab si isteri. Aku tahu soalan seterusnya iaitu berapa bulan. Aku pun sebenarnya nak bertanya memandangkan dia seorang yang ramah.

Tetapi..tak sempat bertanya lif berhenti di tingkat yang mereka inginkan. Si suami bersuara..

“ Tak.. dia cuma gemuk saja.. “.

Serius.. sangat kurang ajar cara dia menjawabnya. Aku mampu gelengkan kepala jer. Nasib baik dah keluar.. kalau tak , mau aku jawab semula jer.. Tapi aku malas dah sekarang ni nak bertekak dengan orang tak dikenali.. Mampu istighfar dan lupakan saja..

image

Susah jugak dalam situasi gini. Kalau kita diam dan tak beramah mesra , dikatakan sombong.. Kalau nak tanya , dalam keadaan gitu yang masa tidak begitu banyak , kena tanya soalan yang ada di kepala je la kan ?

Entah laa.. serba salah sebenarnya.. Buat cam aku jer mudah pasni.. Pakai earphone dan wat dek ! Lantak laaa..

8 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

sentappp la tu hehehe

Saidila Abdul Rahman berkata... [Reply to comment]

aku sendiri pun selalu jer ada org sangka mengandung walhal gemuk dan perut buncit ....tapi nak marah org yg tanya tu tak patut kot ...kita sendiri yang buat orang sangka begitu sebab dia tanya apa yang dia lihat ...

huhuhuhu

dorsett pink berkata... [Reply to comment]

Hahahaha... rasa Nak pelakong kepala suami tu.. isteri dia punyalah habis kontrol..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

pernah org merajuk sbb saya tanya preg ke? huwaaa. mana la kita tau. buncit bukan preg. sowiiiiii

antalya berkata... [Reply to comment]

myself pon selalu jgk diajukan soalan begini...dengan selamba nya menjawab 'ye sy mengandung ngi lemak'

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Kadang soalan tu spontan je..kadang memang sengaja..bergantung pada individu..bergantung pada situasi..tapi biasanya kalau pertama kali jumpa atau kenal itu spontan..yang sengaja ni biasanya yang memang sengaja nak buat kita down..huhuhu..penerima soalan kena alert jawapan macam mn nak diberi..huhuhu..

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

huh klau sy jd bini dia sentap 14 tahun...cover la sket..malu kot..huhuhuuhu

Nur Zahirah berkata... [Reply to comment]

hahaha. memang sentap.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI