Perlu ke berlagak kalau pakai kereta mewah ?

by - Ahad, November 06, 2016

 

Termenung aku membaca sms dan juga email dari seseorang yang ditujukan pada wife aku. Ada isu sebenarnya dan sangat kecil isunya tetapi rasanya memang perangai ‘orang miskin jadi kaya sekelip mata’ membuatkan jadi riak gitu kot ?

Ini bukan kali pertama aku jumpa kes gini… Kes tak boleh ditegur kerana sikap ketika meniaga ! Sebagai pelanggan , kita punya hak untuk menegur tetapi tak boleh diterima lalu mengugut kita pulak ! Eh ??? Aku duduk kat negara mana ni ??? Dah macam berada di negara tak bertamadun lak gamaknya !

Ditujuknya gambar kereta BMW dia.. Amboiii.. Apa ingat orang cam kitorang ni tak mampu pakai kot ? Apa kira mati nanti tanam sekali ngan kereta kereta tu ke ?? Aku lebih respek manusia cam Raja Shamri dari manusia yang poyo gini aihhh..

image

Kalaulah aku berfikiran cam dia , boleh je viralkan sms dia tu tapi.. aku bukan cam dia ! Tak perlu nak layan orang ‘tak sekolah tinggi’ cam ni..

Nasihat aku.. sebagai peniaga online atau tidak , kita kena terima teguran pelanggan. Mengalah tak semestinya mengalah !

Aku suh wife blocked je dan tak perlu layan dah. Buang data internet jer.  Pelik ‘orang kaya’ bersikap cam gini..

You May Also Like

2 comments