Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 6 November 2016

Rasa macam nak menangis bila melihat orang tua itu..

 

Setiap kali nampak lelaki tua duduk seorang diri di mana mana jua , hati aku akan terasa sebak. Jika sedang menghisap rokok, ingin saja aku pergi menegurnya..

Pakcik.. henti hentikanlah merokok. Ayah saya baru je meninggal dunia disebabkan kanser yang berpunca dari rokok. Bukan mudah nak meninggal dunia disebabkan kanser ni. Amat derita saya melihatnya. Mampu melihatnya saja malah arwah sempat bagitau yang dia menyesal sangat merokok.. “.

Namun aku tak berdaya untuk mengeluarkan kata kata begitu pada insan yang tidak aku kenali malah pada insan yang aku kenali pun , nasihat aku masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. Tak dilayan.

Pernah satu ketika , aku ternampak seorang lelaki tua berbangsa India , berjalan ke satu booth jual telefon pintar. Dia cari casing untuk telefon dia. Aku nampak telefon dia. Jenis murah tapi dia berusaha nak cari casing untuk elakkan dari rosak dan calar !

Geleng kepala aku. Orang tua dulu dulu cukup hargai harta benda mereka apatah lagi harta awam ! Orang sekarang.. selagi boleh gadai , dia nak gadai ! Orang sekarang ni maksud aku tak kira dah usia. Selagi dia rasa nak jual atau gadai , lantak pi laa.. bukan harta dia pon ! Huhh..

Orang orang tua gini memang mampu membuatkan aku mengalir airmata tanpa disedari. Sayangnya , di zaman ni .. orang orang tua gini , tak diambil tau hal mereka.. melainkan kalau pakai BMW yang baru tuu haaa ! Huuuu..

 

 

image

Al-Fatihah buat Ashaari Bin Khalid

4 komen :

CikLa Shahril berkata... [Reply to comment]

Salam takziah...

Linda Aknoor berkata... [Reply to comment]

اِنّا لِلّهِ وَ اِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ
مَدْخَلَهُ،
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan muliakanlah tempatnya (syurga), luaskan kuburannya.

آمِيــنَ آمِيــن آمِيــنَ يَارَبَّ العـٰــلَمِينَ

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Al-fatihah...

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Al Fatihah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI