Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 19 November 2016

Review RM50 di blog aku !

 

“ Bang Ben.. RM50 boleh ? “

Terpinga pinga aku dibuatnya. Nak amik ke tak eh ? Nak review bukan mudah.. Kena yang bab kena telan , satu hal ! Usus, limpa , buah pinggang aku bernilai RM50 ke ? Jadi apa apa kat ‘diorang’ , aku gak pening.. RM50 celah gigi je skang.. Masuk pasaraya dengan RM50 , keluar dengan sen sen jer.. tu pun kalau ada ! Hurmm..

Bukan angkuh atau riak.. Tapi kalau aku yang dah berkali kali keluar di majalah , tv , suratkhabar dioffer dengan nilai gitu serupa panggil David Beckham datang Malaysia join team Kerapu FC laaa.. Ececece.. aku bukan la nak kata aku tahap gitu. Aku tak bagus mana pun tapi kena la tau , nak bina nama atau brand dalam dunia media sosial ni.. bukan sehari dua ! 8 tahun dah dek non oiiii.. Macam macam dah rasa..

RM50.. urmmm..

Nak je aku jawab.. Meh la.. abang kasi free.. Moga adik berjaya dalam bidang perniagaan adik ni yer. Nak cari idea setiap hari dan update di blog , bukanlah mudah.. Ditambah lagi dengan menjaga anak anak.. Namun masih terus ‘ bekerja’ pada masa yang sama..

image

Kadang kadang aku garu kepala aku yang tak gatal tu. Aduhhh.. Acaner ni eh ?

Itu belum lagi dapat offer gi buat review percuma . Yang offer tu lak , company besar besar. Bila sebut token.. krik krik ! Amboiii.. Ko nak free promosi ehhhh ?? Huhh..

Yang berbaloi , ok la kalau amik.. Yang tak berbaloi ? Hurm.. Entah laa.. Kekadang rasa cam nak jadi ahli politik jer. Lagi syiok ! Perut kedepan… Hati mau kering jer ! Hahahaha..

Tapi kita nak keberkatan hidup.. RM50 tu kalau produk dia best atau memang best dibuat review , aku ok jer.. Aku bukan berkira sangat.. Hidup , jangan tamak.. kan kan ?

3 komen :

mejuez berkata... [Reply to comment]

Takpe lah ben, sekurang-kurangnya dia ikhlas nak beri RM50 tu, tapi dengan syarat la... Review pun kena simple.. Tapi kalau jenis review ubat atau makanan kesihatan kenalah hold dulu.. Takut nanti apa jadi susah...

Lagi lagi, dengan nilai RM50 kena check habis dulu produk tersebut.. Sah dari KKM ke atau tidak, apa kandungan dia dan sebagainya..

Kalau salah makan, macam ben cakap laaaa... hai hai bye bye jawabnya .. :p


www.mejuez.com

Ar Eirza Japar berkata... [Reply to comment]

maafkan la dia..maybe dia baru lagi...tak tau rate2 utk blog review..atau maybe dia xpenah guna pendekatan promosi melalui blogger...jd dia xtau berapa rate sepatutnya...maybe ptt ckp baik2 dgn dia...

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

sedekah review kt media sosial pun ok. heeee

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI