Rupanya dia bukan sekadar Ultraman biasa ! Ada hubungkait !

by - Khamis, November 03, 2016

 

image

Aku dah beli berapa ‘ekor’ dah si ultraman ni. Macam macam jenis. Qhaliff je tau apa nama si ultraman ni haa.. Raksasa pon dah beli. Aku ingatkan dia main gini jer tapi rupanya salah !

Patutlah dia meraung kalau hilang si Taro ni.. Bangun bangun tidur dia cari ultraman dia. Pastu ajak gi Alamanda ! Beria.. Konon nak beli air strawberi.. Strawberi la sangat !! Tau la tu nak ajak singgah Toys r’ Us tuuu ! Akal banyakkk !

Dan sejak akhir akhir ni , dia mintak sesuatu yang aku tak paham.. Dia tunjuk ngan jari jemari dia.. “Ultraman sambung sambung pastu jadi besarrrr.. “. Lebih kurang gitu la dia cakap. Aku iyakan jer..

Punya la banyak tempat gi cari.. Gagal ! Dia kata bukan. Akhirnya di KLCC , berjaya gak jumpa.. Huhuhuh.. Maka belilah aku tanpa berkira sangat harganya sebab dia beria nak sangat lama dah !

image

Aku tengok bahagian belakang bungkusan tu dan nampak la arahan permainan tu.  Dok pikir mana la datangnya ultraman tu ! Berkali gak la godek tapi macam takda apa pa jer ! Namun Qhaliff beria beri tunjuk ajar.

Akhirnya aku tergelak besar ! Dia tunjuk kat aku camana nak main. Boleh pusing jadi pistol !

image

Dan boleh digunakan untuk bertukar jadi ultraman !

image

Kena pasang bateri. Dan nampak tak lubang hitam tu ? Haaa.. Aku dok pk dari tadi , untuk apa laaa menda tuu.. Apakah untuk charging menda alah ni ? Tapi bukan.. Qhaliff ‘beri tunjuk ajar’ pada aku.

Amik mamat ketot ni..

image

Dan dia tunjuk kat bahagian kaki dia..

image

Lekatkan lambang tu kat bahagian lubang tu dan akan keluarkan bunyi dari senjata ultraman tu ! Hahahaha.. Gitu laaaa adanyaa ! Dan best part ni !

Senjata tu rosak ! Aku ingatkan masalah bateri tapi selepas beli bateri baru pon tak leh guna ! Kena gi balik KLCC esok dan tukar ! Adehh.. Jauh tuuuu.. Sepang ke KLCC semata mata untuk tukar si ultraman ni haaa !

Best part… menda alah ni berharga RM250 ! Arghhhhhhh ! Nak tak nak , kena gi tukar gak esok !

You May Also Like

3 comments