Sejauh mana korang percaya ?

by - Jumaat, November 18, 2016

 

Semalam aku gi premis jual produk suppliment untuk bina badan ni . Aku pun jumpa apa yang aku nak dan amik. Tiba-tiba bro tu kata yang aku amik tu , tak beberapa gempak. Ada lagi gempak ! Dia tunjuk kat aku.

Aku tengok dia. Badan dia tak la gempak mana pon. Tapi dia punya cerita , macam dia dah amalkan ! Seharusnya aku percayakah dengan kata katanya ?  Hurmm..

Aku amik je atas alasan mungkin dia berilmu cuma tak sempat gi gym je untuk cun kan badan.. kan kan ? Positif sungguh la aku.. Hehehehe..

Kemudian dia offer satu produk. Dia cakap bagus untuk boost tenaga. Yelah.. sejak berusia 40 tahun ni , tenaga tak seperti 20 tahun. Walaupun lebih kacak berbanding sebelum ni tetapi tenaga seperti bukan lagi sekawan gajah !

Dia pun cerita la kat aku apa kelebihannya. Aku cakap aku tak nak yang ada kafein sebab ada darah tinggi. Dia kasi satu produk yang lain. Aku baca.. dia pun terangkan. Aku amik je la..

Sampai kat cashier , cashier tu bagitau aku.. yang tu tak sesuai dengan aku sebab ada sedikit kandungan kafein. Merbahaya gak.. Aku tergaru kepala..

Dia tunjuk satu produk lain. Aku pandang dia atas bawah. Kurus kering je dia ! Aishhhh.. Haruskah aku percaya ? Dia sendiri pun macam perlukan suppliment untuk membesar !

Berkat pengalaman aku.. Jangan percaya pada tubuh badan penjual sebaliknya ilmu yang dia ada.. maka aku pun beli je laa apa yang dorang tawarkan..

Apakah berbaloi seperti yang mereka katakan ? Gulppp.. tunggu je la bulan 12. Baru nampak hasil.. Heeee..

image

Sama gak bila gi gym.. Tengok tukang ajar ( personal trainer ) tu , badan dia sendiri ke laut ! Kalau mereka yang baru gi gym , pasti akan ketawa punya. Tapi mereka yang dah biasa ke gym.. mesti akan pk si polan tengah off season.. Hehehehe..

Macam macam..

You May Also Like

7 comments