Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 November 2016

Sekadar kecilan saja ..

 

Bang , nak masak apa malam ni ? “. Tanya wife.

Kita makan kat luar je. Gi makan nasi arab.. Ok ? “. Tawaran lumayan dari aku. Walhal selalu je makan kat sana. Heee.. Aku suka makan kat situ sebab bersih , makanan dia pun sedap sedap belaka termasuk pizza.

Wife setuju. Lepas maghrib , gi ke Ayer @ 8 , Presint 8 di Putrajaya. Restoran Balqis.

image 

Makanan kat sini , memang sedap sedap ! Harga dia setanding dengan makanan di restoran lain tapi portion dia besar. Kira puas la makan.

Aku nak makan nasi malam ni ! Haahaha.. Siang malam aku gi gym.. Tenaga abis banyak. Nak recharge semula. Tak guna gak sado tapi sakit kan ?

Aku amik nasi mandy dengan setengah ekor ayam.. Er , aku sorang je ! Heeee.. Wife makan lamb chop. Anak anak makan pizza dan nasi aku. Kongsi kongsi jer.. Menteri suruh jimat !

image

image

Puashati makan sini ! Selesai semua. Makan bergilir dengan wife. Aku makan dulu pastu jaga Aariz.. Qhaliff dan Zahra , bermain sesama sendiri..

Selesai makan.. Bayar.. Dalam RM80++. Ok la .Dalam bajet aku.. Pastu aku ke Klinik Azalea. Makin meriah klinik dia. Alhamdulillah. Pertama kali tengok Aariz , kat sini la.. Hehehehe.. 4D scan.

Tetiba ternampak sesuatu yang menarik ! Alhamdulillah… dah makin maju Klinik Azalea ni !

image

Yesss ! Pasni bawak Qhaliff dan Zahra jalani pemeriksaan kat sini jer. Tak payah gi jauh jauh dah. Lagi pun aku puashati dengan layanan di sini selama 8 bulan sebelum ni.. Heeee..

4 komen :

CikLa Shahril berkata... [Reply to comment]

Sedapnya nasi Mandy...

Ana Fatihah berkata... [Reply to comment]

Bagusnya ambik saranan menteri suruh berjimat. Haha

Aryn Fadz Lee Keluarga Hebat Dot Com berkata... [Reply to comment]

sedapnya makanan..n affordable :)

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

aben.. doc tu mesti boleh check juga kalau anak speech delay, etc tu kan? sbb dia paed. guna panel leh tak agak2?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI