Sekarang aku memahami perasaannya..

 

Dulu.. aku tak tau camana rasanya bila hantar anak ke sekolah buat pertama kalinya. Masih aku ingat lagi , mak aku menghantar aku ketika darjah 1 dulu.. Dia menunggu dengan  sabarnya bersama bekalanan makanan seperti air milo dan nasi goreng. Terasa sayu ketika tu melihat dia. Kasihan. Kasih seorang ibu.

Teringat lagi arwah ayah aku ketika dihujung nyawa dia. Setiap kali aku datang menziarahinya , dia pasti akan panggil aku duduk disebelah dia. Dia akan pegang tangan aku dan tak nak lepaskan. Aku menahan air mata masa tu.. sangat sangat.. Aku tunjukkan pada dia yang aku tabah walaupun pada hakikatnya aku sangat lemah ! Aku sebenarnya tak sanggup kehilangan dia tapi kita manusia.. kena redha !

Hari ni.. ada satu event yang aku hadir di The Mines. Aku bawa Qhaliff. Aku nak biasakan dia. Sewaktu emcee meminta semua kanak kanak ke ruangan khas , Qhaliff dibawa pergi. Entah kenapa tetiba aku rasa syahdu sangat ! Huhuh.. Tetiba rasa macam airmata nak mengalir keluar. Giler kauuu.. aku bela dari dia usia sehari hingga sekarang ! Mana pernah kasi orang lain jaga ! Huhuhuh..

Qhaliff menurut je staff tu. Kemudian dia memalingkan muka ke belakang.. memandang aku ! Terus air muka dia berubah dan dia berlari ke arah aku. Aku pandang staff tu dan senyum.

“ Dia belum panas lagi.. Maaf yer.. ‘

Aku usap rambut dia. Dia sembunyikan diri di belakang aku. Gamaknya kalau antar gi sekolah nanti entah camana.. Aku kot yang teriak kat pagar tu nanti ! Hahahaha ..

Abis event… aku bawak dia berjalan jalan.. saja belanja dia sebab dia berperangai baik tadi.. Sepanjang jalan , aku pegang tangan dia. Yer , selagi dia masih kecik dan nak pegang tangan aku.. Nanti dah besar.. ada kawan , segan dah nak pegang tangan ayah dia ni.. Huhuh..

image

Dia sangat manja. Tidur pun nak atas lengan aku. Tak leh kena marah tapi tetap kena gak ! Hehehe.. Aku tak nak spoilkan dia..

Masa berlalu dengan begitu cepat… Nanti dah besar.. nak kawin lak.. Kena lepas terus ! Huhuhuh.. Begitulah kehidupan.. kena terima. Datang dan pergi.

7 ulasan:

  1. Putaran hidup.... satu masa setiap insan akan melaluinya ..
    Hanya Yang Esa yg menentukan masa dan saatnya untuk melepaskan
    Huhuu

    BalasPadam
  2. semoga Qhalif menjadi anak.yg soleh... amiin

    BalasPadam
  3. Bila sampai masanya..ermmm..inshaAllah Qhaliff sentiasa pimpin tangan daddy..hari ni daddy banyak share cerita Qhaliff..satu masa wataknya berbeza..daddy watak utama..

    BalasPadam
  4. dah kenapa mata berhabuk baca entry niih .. huhu T____T

    BalasPadam
  5. moga terus rapat dgn daddynya & mummynya sepanjang hayat...

    paling tak tahan (tapi kena tahan juga) bila anak buat muka sedih bila kena tinggal kat sekolah.rasa macam nak ambil bawa balik.

    BalasPadam
  6. Mcm tu rasa ibu bapa bila nk tgglkan anak..cam mana la nti..

    BalasPadam
  7. betul tu! bila dah remaja lagilah sedih, rasa kita dah tak rapat dengan mereka.. huhuhuuu

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI