Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 4 November 2016

Terima kasih Toys ‘ R’ Us KLCC !

 

Awal pagi aku dah gi ke KLCC.. selepas workout kat gym. Qhaliff dah ready nak ikut sama ! Huhuh.. Dia yang paling beria nak ikut sebab dah lama dia nak main permainan tu..Sian dia.

Oh ya , baca entri yang ada hubungkait dengan entri ini.. Rupanya dia bukan sekadar Ultraman biasa ! Ada hubungkait !

image

Jam 11 pagi , sampai di Toys ‘R’ Us KLCC. Aku terus gi ke kaunter dan bagitau rosak. Tapi sebenarnya aku tak pasti apakah benar rosak atau aku yang salah pandang. Dah 2 kali kot terjadi pada aku. Kes pertama , ikan robot tu. Check check , rupanya masalah bateri. Tukar bateri lain , terus okk ! Huhhh..

Dan yang ni , aku tak pasti. Staff di situ pon check.. Dan dia kata tak leh on gak. Fuh , lega aku. Tak sia sia datang jauh jauh. Harap dapat tukar dan ok.. terus balik rumah ! Banyak keje lain nak settlekan di rumah.

Dia pon bukak yang baru.. pasang dan.. krik krik… tak leh gak ! Dia amik lagi satu dan cuba lagi.. pon sama. Pastu dia amik dalam 3-4 gitu.. dan cuba.. Masih tak boleh !

Memang sah , semua tak leh ! Dia tanya aku.. nak refund ke ? Atau nak amik toys lain. Aku kata refund je dulu.. Takut tak sempat nak balik Sepang lak..

Dia pon uruskan soal refund. Pastu ada masa sedikit.. Aku jalan dalam tu dulu. Kot jumpa toys best ke.. Dan terjumpa lagi mainan tu ! Ada lagi 3. Aku amik semua dan bagi kat dia. Suh cuba semua memandangkan dah ada kat situ. Qhaliff pon dah buat muka seposen.

Dia cuba.. Masih tak boleh. Dan kebetulan ada sorang lagi staff di situ dan membantu dia. Tiba-tiba terdengar suara ! Waaah ! Dah bolehhh dahh !

Aku pun tanya kenapa ? Apa masalah dia ? Jawapan dia.. Ada satu tempat lagi tak letak bateri ! Bateri ada dua tempat rupanya ! Ini dalam sejarah ! Ahahahaha..

Aku ucapankan terima kasih dan minta maaf kerana menyusahkan mereka. Mereka dengan penuh sopan menjawab dan juga meminta maaf kerana aku terpaksa tunggu lama !

Yang penting , Qhaliff dapat dah apa dia nak sangat selama ni dan aku pun lega laa.. Kalau tak tiap tiap hari sebelum tidur dan awal pagi , dia cakap menda sama.. nak toys ‘gitu gituu tuuu’ !

2 komen :

razzwey razz berkata... [Reply to comment]

Hahahaaa... Comel je Qhaliff...

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah lega daddy...girang hati qhaliff..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI