Tragedi malam pertama , berulang selepas 9 tahun perkahwinan !

by - Selasa, November 22, 2016

 

Fuh… tak sangka aku. Aku lupa dah sebenarnya tapi wife ingatkan selepas kejadian sebelum subuh tadi.. Gini ceritanya.. Zasss ! Mengimbas 9 tahun lepas.. Malam pertama selepas sah bergelar suami isteri.. Ada satu kejadian menyayat hati berlaku.. Aku tak tau apa yang aku mimpi tapi wife jadi ‘mangsanya’.

Kenapa ??? Sedang aku dibuai mimpi yang agak ngeri , tetiba aku terdengar suara wife menjerit. Malam pertama menjerit dah ? Adehhh..  Pastu aku kena cubit.. Aku pun turut menjerit sama.

Aku tanya wife , kenapa dia cubit aku ? Aku sebenarnya dah syak tapi tetap nak bertanya.

“ Yang abang sepak Zila kenapa ? “. Berkerut muka dia !

Aku gelak besar. Ngigau laaaa.. Mimpi bertarung dengan penjahat ! Hahahahaha.. Geram punya pasal kaki kaki semua naik ! Dan ini bukan yang pertama kali berlaku dalam sejarah mimpi ngeri aku. Pernah aku tumbuk dinding sekuat hati.. Memang berdarah la buku lima aku tu. Bengkak weh.. Tapi tu masa sebelum kawin laa..

9 tahun berlalu.. Pagi tadi.. Aku yang tidur bersama Qhaliff dan Zahra di ruang tamu , terjaga disebabkan kena himpit dek diorang berdua. Ditambah dengan suhu yang agak panas , aku terus masuk ke dalam bilik.

Tengok jam.. baru kul 5 pagi.Belum masuk subuh. Nak lelap lagi. Terlalu penat badan ni. Tak dapat cukup rehat. Huhuh.. Kononnya laaa..

Aku baring di ruangan kosong di atas katil. Amik hujung hujung jer. Dan sambung tidur. Aku tak sangka mimpi aku bergaduh aku tu bersambung ! Hampeh tul laaa.. Dan tak pasal pasal aku melepaskan satu tumbukan dari tangan kanan. Nasib baik tumbukan pun ala ala girlfriend bergurau ngan boyfriend di awal percintaan. Tapi ‘ mangsa’ menangis dengan kuatnya !

Aku bukak mata.. Ah , sudahhhhh ! Aariz jadi mangsa kali ni !! Arghhh… terus aku bukak lampu dan tengok dia. Wife geleng je kepala.. Pujuk Aariz dan dia ok.. Sambung tidur ! Huhuhuh.. Aku cium dia dan mintak maaf.. Adehhh..

image

Nampaknya , malam ni kena tidur sorang sorang jer laaa gamaknyaa !

You May Also Like

19 comments

  1. mangsa pertama ibu..mangsa kedua Aariz..hihihi...luar sedar..sukar dijangka...selepas 9tahun ya..

    BalasPadam
  2. Bile baca pasal mimpi mesti teringat kes suruh kejar.....
    Nasib takde adegan berkejar sampai masuk dalam sungai....
    Hahahhahaha...

    BalasPadam
  3. Bahaya ngigau cmni .. Mau sesak nafas aariz kalo kena lengan ke kaki kau Ben.

    BalasPadam
  4. Bahaya nie kalau mimpi cekek orang boleh putus nyawa di buatnya....hehehe

    BalasPadam
  5. bce cite abg ben teringat kt mlm pertama sy..lbh kurang je ceritanya..cuma beza sy keluar nk g toilet..bile nk msuk bilik, bukak pintu je dgr hubby jerit "kau keluar, aku tak nak tengok muka kau lagi"...terus berdiri mcm patung dpn pintu..mmg cuak gile..rse kalau toreh pun xkeluar darah..punye pucat muka..lama gak la berdiri depan pintu...tp dgr senyap je..lama2 dgr bunyi berdengkur...sy beranikan diri msuk...tgk2 dia tido..cisss...mengigau rupanya...esok tu cerita kat dia...gelak besar dia..dia pun xingt mimpi ape...adeh..tp memang jenis mengigau la...

    satu je bgus org camni..klau curang mesti mengigau sebut nama pompuan..haaaa xleh simpan rahsia...hahahahahhahah

    BalasPadam
  6. phew....
    nasib baik jugak slow.
    itu mimpi gaduh ngan kak zila waktu kapel2 ler tue.
    kalau mimpi penjahat rasanya masak ben kena nnti.
    hehehhe.

    BalasPadam
  7. LOL! Cute anak you. Patutnya Ben pun kena pakai sarung tangan macam dia.

    BalasPadam
  8. Hahahahhahahahah, abg ben ni.. bahaya..

    BalasPadam
  9. Uishh bahaya tak leh tidoq ngan baby lah jawabnya ni huhu

    BalasPadam
  10. penceritaan yang amat bagus.. terbaik lah abg ben.

    BalasPadam
  11. siannya Aariz...sib baik Aariz tak pape..hehe..

    jemput singgah blogshop saya, intai2 shawl, blouse..

    http://mymodestycloset.blogspot.my/


    BalasPadam
  12. uik bahaya ni abg Ben..hihih... alah cian Aariz.. comel sgt..

    BalasPadam
  13. uik bahaya ni abg Ben.. alah cian Aariz ye..comel dia...

    BalasPadam