Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 13 Disember 2016

Air lemon suam campur madu melegakan perut !

 

Nasib baik ilmu yang diperolehi ketika ‘berguru detox’ di Phuket beberapa bulan lepas , berguna buat aku petang tadi. Segalanya bermula bila aku minum susu gym aku tu .. pastu pekena laksa Kelantan. Memang sedap laaa ! Dua pinggan aku lanyak. Gambar pon tak sempat amik untuk post di Instagram seperti biasa..

Di gym.. aku asyik sendawa.. angin nak keluar tapi tersekat kat ulu hati. Pedih betul rasanya. Hilang mood nak workout ! Nak balik , rasa sayang sebab dah bayar yuran masuk ! Hurmm..

Akhirnya mood aku mati… sebab badan tak sedap dah rasa. Balik rumah terus. Rasa tak sedap tu masih ada. Tak tau nak buat camana nak kasi ilang. Rasa menyesal menjelma makan banyak sangat tadi.

Tiba-tiba teringatkan air lemon yang mampu meneutralkan pH dalam badan. Asid sudak lebih la nih.. Huhuh.. Sampai di rumah ,mintak  wife buatkan air lemon segelas .. Dan minum ! Alhamdulillah ! Terus hilang rasa angin tu.. Takda dah angin tersekat sekat. Selesa sungguh badan pastu !

image

Sekadar Gambar Hiasan dari Instagram – Detox Water

Yup.. dulu memang aku amalkan air lemon tu setiap hari tapi sejak berada di Kelantan ni , memang payah nak buat. Jus sayur yang biasa aku buat pon tak usik langsung di sini. Hurmm.. Seminggu lebih tak minum dan makan pon main belasah jer. Nasib baik gi gym. Kalau tak ? Hurmm.. sia sia kerja keras selama 2 bulan lebih !

4 komen :

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Memang terbaik lah Lemon.. Dah 2-3 hari stop huhu

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Tau xper huhu... gitulah kalu outstation pun

Nina Mirza berkata... [Reply to comment]

Lemon madu suam juga melegakan batuk. Nina selalu buat. Alhamdulillah serasi...

Fatin Days berkata... [Reply to comment]

Air lemon suam memang favourite drink ble badan rasa lain macam. Selalu jugak order air lemon suam kalau makan steak. Konon2 bleh bakar lemak steak yang baru makan tu ;p

http://www.fatindays.com

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI