Khamis, 29 Disember 2016

Akhirnya , aku terima pelajar perempuan di gym !

 

Aku mula masuk gym , usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun. Yer , aku tau.. aku kelihatan seperti 30 tahun kan ? Terima kasih. Heee…. Ok Ok.. sambung cerita.. Sepanjang aku berworkout , aku tak pernah ada ‘pelajar’ walaupun ada yang minta. Kenapa ? Sebab aku takda ilmu pon. Cuma ada pengalaman dan sedikit info pasal besi besi ni.. Aku sendiri pon main tunggang-langgang ! Hahahaha..

Sejak balik dari Sungai Lembing , bulan September lalu.. aku nekad mengubah diri aku setelah dapati badan aku serupa tong dram air ! Buruk aihhh… 2 tahun berehat membesarkan anak. Usik besi pun malas dah ! Asik melantak jer !

Dan.. hampir 3 bulan berlalu.. hasil dah mula nampak..

image

image

Jangan bandingkan aku dengan mereka yang masuk pertandingan tu haaa.. Mereka ‘cukup makan dan latihan’ berbanding aku yang lebih pada suka suka dan jaga kesihatan serta penampilan , ok ? Haaa.. berbeza tuuu..

Dan semalam , buat pertama kali aku mengajar perempuan setelah beberapa kali aku diminta berbuat demikian tapi aku menolaknya atas faktor yang aku kata di perenggan atas tu haaa.. Heee..

Kenapa aku terima ? Sebabnya aku tau yang ‘pelajar’ aku ni memang komited nak membakar lemak perutnya ! Semenangya orang gini sedap ‘didera’ di gym ! Hahahahaha…

image

Heee… seronok gak dapat ‘buli’ pegawai polis ni. Bila lagi nak rasa kan ? Hahahaha.. Apa pendapat Puan Shiqeen Sattar selepas 2 jam didera aku ? Leh baca sendiri di blognya yang bertajuk Bukan Senang Nak Cari Personal Trainer Gym KL.

Aku ada 3 bulan lagi untuk kemaskan diri sebelum nak melangkah ke peringkat lebih serius… hahahaha.. serius la sangat !

5 komen :

Noor Maizan berkata... [Reply to comment]

Woah lucky Puan Shiqeen dpt personal trainer abang ben tuuuu

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

yesss am lucky Pn Noor... Uwaaaaa

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Yeah! Ada wakil wanita dalam gym 😊

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Takpa SS pegawai polis kental kena dera pun ok tu hehe

Ishak Ismail berkata... [Reply to comment]

alaaa ingat anak murid seksi td...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI