Akhirnya , Qhaliff daftar di tadika..

 

Hari ni , aku gi daftar Qhaliff masuk ke tadika pilihan aku. Orang lain dah daftar 17hb ari tu tapi aku.. hahahaa.. Main suka suka je daftar lewat ! Nasib baik laaaa owner tadika tu kenalan baik.

Ada banyak pilihan tadika sebenarnya tapi akhirnya aku memilih tadika ni atas banyak faktor dan tadika ni memang punya reputasi yang cemerlang sepanjang ianya beroperasi.

Satu pengorbanan sebenarnya antar Qhaliff ke sini sebab jauh dari rumah woo.. Hahaha. Tapi demi masa depan anak , apa salahnya kan ?

image

Semasa sampai di tadika tu , sesuatu di luar jangkaan berlaku. Aku rasakan Qhaliff yang bakal teruja tapi yang berlaku adalah sebaliknya ! Zahra hilang dari sisi aku. Bila di cari , rupanya dah duduk bersama sama kanak kanak di dalam tu sambil menunjukkan Pony ( permainan kesayangan dia ) pada mereka. Amboiiii !

Apa ? Hantar Zahra ? Rileks lu.. aku tak puas bermanja dengan dia. Hahahaha.. 

Qhaliff ok ke ? Dia ni , kalau parents dia ada.. dia mengada mengada jadinya. Kalau takda , dia ok jer ! Apa apa pun , tunggu 3hb Januari 2017 nanti. Hari pertama persekolahan dibuka.

Sayu je rasa kan ? Suka tu memang suka.. Syukur anak membesar depan mata.. tapi sedih skit je.. Hahaha. Pasni Zahra lak follow daddy gi gym. Aariz ? Hahahaha.. Tak tau lagi lenggok dia camana.. Asyik senyum jer dia .. Hahahaha..

Oh ya.. tadika mana ? Maaf.. yang ni terpaksa dirahsiakan demi keselamatan semua. Aku nak sangat bercerita tentang bagusnya tadika ni tapi demi anak dan pelajar lain , rasanya .. biarlah rahsia.. kan ?

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

6 ulasan:

  1. Q pn dh dftar tadika walau kecik lg.. parents yg excited nk htr ank nnt

    BalasPadam
  2. pengorbanan seorng ayah..
    nk yg terbaik utk anak, susah sikit x pe..

    BalasPadam
  3. ramai kawan lah qhaliff nanti.

    BalasPadam
  4. Pasni zahra jaga aariz sambil tengok dedi angkat dumble

    BalasPadam
  5. Selamat belajar ye Qhaliff 😊

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009