Berlari untuk Kebajikan ! TAHNIAH buat CP Group Malaysia.

by - Jumaat, Disember 16, 2016

 

image

Ok.. pada mereka tak tau.. baru-baru ni  CP Group Malaysia serta Kedutaan Thailand telah sama sama melancarkan CP Charity Fund Run 2016 bagi menjana dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kalangan masyarakat.

Badan kebajikan yang terlibat adalah Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Negeri Perak dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PENYAKIN NS). Setiap badan kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM10,000 bagi membantu mereka menangani perbelanjaan harian, yuran penyelenggaraan dan kemudahan pendidikan bagi sejumlah 85 orang kanak-kanak dan 42 orang dewasa yang kurang upaya.

CP Charity Fund Run telah berlangsung di Setia Eco Park dan berjaya mencapai sasaran penyertaan serta sokongan mereka yang prihatin dengan golongan kurang bernasib baik.

image

image

Buat mereka yang tak tau , CP Group Malaysia mengeluarkan ayam dan telur segar yang kaya dengan protein serta ayam goreng, sosej dan makanan sedia makan dan sebagai sebahagian daripada rancangan akan datang, mereka berhasrat untuk menekankan pembangunan teknologi hijau dan menjadi lebih mesra alam.

Tahniah buat CP Group Malaysia atas kejayaan ini. Moga di tahun hadapan , lebih ramai sertai larian ini termasuk blogger ! Heee…

You May Also Like

5 comments

  1. bestnya
    sihat sambil bergembira

    BalasPadam
  2. Teringin nak join larian2 camni, tapi kondisi lutut tak mengizinkan... Huhuhu

    BalasPadam
  3. Tahniah CP Group.. Bagus kerana masih ada yang sedia membantu rumah kebajikan yang memerlukan..

    BalasPadam
  4. Mrs. A suka beli drummet brand CP ni sedap.
    Tapi tulah ada jugak kes time nak beli CP drummet tu takde stok la pulak

    BalasPadam