Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 27 Disember 2016

Jangan sampai menyusahkan orang !

 

“ Eh , sukahati aku laa.. perut aku ! Aku sakit , aku mati.. bukan susahkan orang ! “

Dulu , gitu la aku pikir. Bila makan maggie , 3-4 bungkus aku boleh harung sekali gus ! Kalau beli air kotak tu , confirm kotak besar. Kalau kecik , mesti dua tiga. Mana cukup satu kotak jer ! Makan aku senantiasa berlebihan. Tapi abis la..

Sehinggalah , aku gi jaga arwah ayah aku di hospital. Melihat dia ‘kehilangan’ lidah , adalah sangat menginsafkan. Dia hanya boleh makan makanan yang lembut dan tidak boleh pedas langsung. Diikuti dengan pesakit pesakit kanser seperti kanser usus yang mana dikatakan berpunca dari gaya pemakanan yang tidak seimbang sama sekali.. Yelah , masuk banyak tapi kuar balik sikit jer ! Baki mana pergi ?? Simpan dalam usus… heeee.. Betul atau tidak , percaya atau tidak.. terpulanglah !

Aku ada hypertension.. satu tika dulu. Secara jujurnya, mulut puaka aku menyebabkan aku dapat ! Bila orang nasihat , aku tak endah !

“ Alaaaa , darah  tinggi jer pun ! Bukan teruk mana pun !! “.

Di usia 28 tahun , aku dah ada dah ! Berpunca dari stress. Aku tak makan ubat. Aku cuba kawal pemakanan aku tapi gagal. Gaya hidup yang tak betul menyebabkan aku gagal. Lepak berrsama kawan siang malam  di kedai makan asalkan ada masa. Kemudian makan makanan bergaram berminyak ! Aduhhhh…

Melihat arwah ayah , aku insaf. Kita sakit.. sapa nak bantu ? Kalau duduk hospital orang kaya , ok la.. Kalau kena hospital kerajaan ??? Ingat nurse ada masa sangat nak tengok kita tu ? Dia pun banyak pesakit nak kena jenguk dan layan ! Jadi sapa nak jaga kita kalau kita nak bangun pon tak boleh ???  Ahli keluarga atau rakan rakan baik ? Heee… mula mula ok la.. tapi kalau dah lama dalam wad tu , diorang pun ada kerja lain nak buat ! Lain la kalau ada isteri atau suami yang sangat setia.. sanggup berada di sisi kita 24 jam !

Tapi tak ke itu sebenarnya dah menyusahkan orang ?

Hurmm… alhamdulillah.. sekarang aku mula jaga makan. Tekanan darah tinggi , kali terakhir check.. dah normal ! Kandungan gula dan kolestrol pon ok.. takda masalah tapi kena selalu check..

Apa perasaan aku sekarang ? Bila badan dah mula seimbang.. aku rasa sangat ok.. berbanding dulu yang asyik stress jer ! Aku kena kekalkan.. Makan tu , aku makan tapi ala kadar. Bila teringin sangat , aku makan.. Tapi memadailah sekadar makan. Bukan melantak.

Tak lama lagi usia 41 bakal menjengah.. anak anak pon masih kecil. Aku perlu berusaha untuk kekalkan gaya hidup sihat supaya anak anak dapat mencontohi aku. InshaAllah…

Makan boleh.. tapi kita bukan lembu.. lembu pun makan rumput jer.. tu pun dah gemuk ! heeee.. Sekadar nasihat. Suka tak suka , sekati korang. Part aku dah lepas..

image

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

9 komen :

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

agree

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Betul..hakikatnya sampai mati kita masih memerlukan ihsan orang..

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

setuju...alhamdulilah perubahan positif

Norul Huda berkata... [Reply to comment]

Semoga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

Risau jugak ni.. kena control dan cuba untuk gaya hidup sihat..

mas saari berkata... [Reply to comment]

setuju sangat! berubah ke arah kesihatan dan kebaikan tak salah kan?

Abam Korie berkata... [Reply to comment]

setuju sangat

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Baiklahh...

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Exactly! Kene jaga kesihatan, bukan sekadar utk diri sendiri, tapi utk kebahagiaan keluarga juga👍

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI