Keji sangat jadi blogger ni eh ?

by - Jumaat, Disember 02, 2016

 

image

Hurm.. terasakah aku ? Ikutkan tidak la sebab aku pun bukan kenal sangat diorang ni tapi bila baca komen komen yang ada di dalam status ni, aku rasa kesian jugak la kat diorang.. Bukan salah diorang pon cuma diorang tak kenal atau tak tau apa itu blogger sebenarnya..

Antara komen di situ..

  • “ Blogger nie dh mula buat hal dah..nak porak perandakan rumahtangga org utk kepentingan diri & wang.. nak bg laki bini cerai berai “
  • “ Elakkan dari buka page yg ada bunyi blogspot tu seme. Mcm haram mereka tu nk buat duit. Letak tajuk sensasi,fitnah pun tak kisah.. pastu bila buka je,iklan judi la..hotel la semua keluar! Stop all the shit u bloggers! “

Alahai.. bukan semua gitu.. Yang buat kerja kerja gini , bukan blogger. Tu semua pencari makan di media sosial. Masalahnya , sapa suruh baca kat situ kan ? Gi la baca kat media media yang korang rasa ianya lebih tepat dan jitu..

Blogger blogger yang tulis pasal hiburan ni dah tak ramai aku rasa.. Mereka lebih gemar tulis pasal lifestyle , fashion , gadget , makanan , travel , parenting dan niche niche yang lebih memberi manfaat pada masyarakat. Pasal hiburan cam artis nak bercerai.. kawin ni.. adeh.. buang masa la bagi aku melainkan ianya berkaitan dengan blogger tu sendiri .. contoh kawan dia tu artis.. dia ada fakta yang lebih tepat dan sahih.. ok la kan ?

Meh nak cakap skit.. Yang blogger ni la dok sampaikan maklumat terkini setiap jam.. pantas dan lebih viral ! Terpulang pada pembaca nak nilai sendiri kesahihan dengan menggunakan akal ! Bila google , cari info tu berkali kali. Yang terus percaya tu , salah sendiri la ..

Cam aku.. aku sendiri tak percaya pada berita utama di tv cam.. Buletin TV3 tu haaa.. Tapi tak semua dalam tu , tak leh dipercayai kan ? Cam.. berita sukan atau iklan selepas berita politik.. tu leh la caya.. kan kan ?

You May Also Like

7 comments

  1. Kan dia mention segelintir.. bukan semua. Semoga kita menjadi blogger yang bermaruah dan bermanfaat untuk org ramai.

    BalasPadam
  2. eeiii, tak sukanyaa kalau ada orang yang pandang SEMUA BLOGGER tu sama.. hm , ada akal kot. takkan tak pandai nak nilai mana yang baik mana yang buruk. Ni tak, nak salahnya semua blogger apa hal plak >.<

    BalasPadam
  3. @Shiqeen Sattarrujuk pd komen tu..bukan artis punya statement..

    BalasPadam
  4. Walhal, mereka yg komen tu lebih kuat gosip. Kan kan kan!!!

    BalasPadam
  5. AMboi komen pedas betul. Padahal setengah blogger tak peduli pun hal-hal panas hot menipu semua tu, diorang yang kepoh main klik je link kat fb tu lepastu percaya buat apa...

    Padahal yang kalau diorang nak cari maklumat segera google terus tu, sah2 dapat maklumat dari blogger juga yang baik hati share info dan pengalaman dalam blog masing2. huhuhu.

    BalasPadam
  6. Mcm artis sapa nth ritu yg salahkan and anti blogger . Pdahal tk smua blogger kesah and kenal semua artis .

    BalasPadam
  7. Jangan sentap! Kalao korang blogger kental teruskan perjuangan.

    Abaikan semua tohmahan dan kejian.

    BalasPadam