Ahad, 18 Disember 2016

Kenapa BEZZA ADVANCE jadi pilihan aku ?

 

“ Bang , kita kena amik satu lagi kereta. Kalau tak , payah gak nanti sebab Qhaliff nak sekolah. Sapa nak amik dia balik kalau saya meeting ? “.

Aku plan nak antar dia ke taska di Putrajaya je nanti. Dekat ngan pejabat wife. Senang nak antar dan amik. Tapi backup plan perlu ada andai sesuatu di luar jangkaan berlaku ! Dan aku di rumah tanpa kenderaan pon satu masalah gak kan ? Ngan baby serta Zahra jer.. Kalau emergency ? Haaa.. Jiran jiran mesti kerja kan ? Aku ni suri rumah je… huhu..

Maka , ke Damansara Damai jer la kitorang. Kenapa ke sana ? Adik ipar aku ada kenalan di sana dan boleh mudahkan urusan. InsaAllah.. Dan dia pon sendiri dah tolong ramai kawan kawan dia ‘keluarkan’ kereta. Alhamdulillah , majoriti berjaya la..

Cuma masalah aku dari awal ialah.. aku tak nak kereta kecik tapi wife nak ! Dia nak amik Axia jer. Apakah aku selesa memandu jika Axia menjadi pilihan ?

Sesampai je di Perodua Damansara Damai , aku serta wife diperkenalkan dengan Bezza Advance. Terpikat gak aku. Nak beli Honda atau Toyata , tak mampu la.. Yang kerja tetap , sorang jer. Yang tak tetap tetap , yakni aku ni .. kais pagi makan minggu depan ! Kais petang , lom tentu berkeberhasilan lagi ! Huhuuh..

Bezza atau Myvi ? Myvi pon bagus bagi aku. Lasak cuma bonet kecil. Dulu berdua , boleh la.. sekarang dah berempat ! Nak bonet besar. Walaupun tujuan utama adalah untuk ulang alik Sepang – Putrajaya je tapi sesekali balun balik Kelantan pon ok gak kan ?

image

MyVi SE .15

image

Bezza Advance 1.3

Setelah dibandingkan segalanya , termasuk bayaran bulanan serta mengambil kira keselamatan dan keselesaan , aku suruh wife amik je Bezza Advance .. bukan Bezza X tau.. Ada perbezaan tu.. Dan buat pengetahuan , sekarang ada diskaun untuk kereta kereta Perodua. Dapat kurang 3-4 ribu , ok la kan ?

Sebelum tu , aku ada google gak untuk baca review mereka yang sedang guna atau mencari kritikan kritikan namun tak jumpa yang negatif ! Hurmm.. Ramai berpuashati jika nak dibandingkan dengan kereta buatan tempatan yang lain , buat masa sekarang.

Harga pon tak jauh lari. Beza berapa ribu jer dan bayaran pon tak banyak beza. Sebab tu aku rasa baik Bezza Advance ni. Ditambah dengan jaminan 5 tahun @ 150 ribu KM , ok dah kan ?

Segala dokumentasi diuruskan oleh adik ipar aku , yang juga seorang guru sekolah. Jika lulus pinjaman , inshaAllah minggu depan dapat kereta dah dan kereta sekarang ni , aku leh antar masuk bengkel untuk ‘berehat’ dan tukar barang baru.. Sian dia.. Baru 3 tahun , dah 185 ribu KM dia bergerak ! Setiap hari dia bergerak ! Huhuhhu..

Smart gak Bezza ni , kan ?

 

image

imageimage

Nak tau lebih lanjut pasal Bezza ni , leh baca di PERODUA BEZZA.

6 komen :

EjamOthman berkata... [Reply to comment]

Pilihan yang bijak abang ben, berbaloi dari segi harga dan penjimatan.

Bila abang ben sebut pasal boleh guna untuk balik kelantan juga itu persediaan yang bagus, mana tau kereta sekarang meragam dah ada backup kereta yang masih selesa untuk jalan jauhkan walaupun enjin kecil

Pilih warna apa?

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Smart gak Bezza. Ben...sekarang dah berlima dah ben... Terlupa baby barunler teww hehe

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Beli lah BMW

muhammad nizam berkata... [Reply to comment]

bijok..bijok...

muhammad nizam berkata... [Reply to comment]

bijok....bijok...

iffah hussin berkata... [Reply to comment]

sy suka bonet besar... jika diberi pilihan sy pilih Bezza Advance juga

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI