Ketagihan roti Gardenia yang 85 sen tu !

by - Selasa, Disember 06, 2016

 

Entah mengapa.. bila gi mana mana pasaraya , bila ternampak roti Gardenia Coklat dan Jagung tu , confirm beli ! Bukan satu atau dua.. kekadang borong.. Ala , yang 85 sen tuuu.. Dulu 50 sen jer.. Aku buat bekal gi pejabat.. Makan ketika sarapan dan makan tengahari. Bajet weh ! Gaji ciput masa tu.. Huhuh..

Sekarang ni , wajib ada untuk sarapan pagi di rumah. Qhaliff dan Zahra memang hantu roti ni. Coklat adalah pilihan. Lain lain perisa , memang tak nak dia.

Kalau dicicah dengan kopi panas atau milo panas memang perghhh.. Maggi Mee pon leh bungkus woooo .. Kelembutan tiada tanding taranya.. hahaha ..

image

Semua perisa aku suka weh ! Kalau memandu jauh , buat bekal dah sekarang. Buat lapik perut kata orang. Pernah satu ketika tu , di KLIA 2 .. sewaktu di pasaraya berjenama X ,  aku ternampak la sorang perempuan ni.. Dok pandang kiri kanan. Usha line.. Pastu dia amik banyak roti ni dan masukkan dalam bakul. Dalam hati aku masa tu..

“ Ni mesti nak bawak balik Sabah atau Sarawak ni.. “.

Bukan apa… dengar citerya , kat sana memang takda roti ni dan roti ni memang leh buat bisnis la sapa yang balik dari semenanjung ! Hahahaha.. Leh up harga wehhh !

Ada cerita yang aku dengar mengenai roti ni mengapa tak boleh masuk sana tapi tiada kesahihan. Maka aku tak nak sebarkan cerita tak sahih la.. kan kan ?

Dan aku try tanya rakan rakan di Facebook mengenai roti ni.. Ramai yang bagi respon. Terima kasih. Antaranya jawapannya ialah ..

“ Bukan tak boleh masuk ke sana, tapi memang takde dijual kat sana..saya kalo balik bintulu memang beli banyak2 untuk family..diorang suka roti gardenia sebab lebih lembut dan lain sangat dari roti2 kat sana.. (dengan harapan ada la pihak Gardenia baca, terus bukak kilang kat sana..haha) “

“ D Sabah mmg ada Gardenia..Tp x sesedap yg d Smjung pya..Mmg berbeza rasa&roti tu agak keras skt kalo nk d bndgkan gan yg d Smjung pya.Kalo p Smjung mmg borong byk2 roti Gatdenia hahaha “

“ a..tp bkn sbb x leh jual..mmg x der jual roti gardenia kt sna...sbb sana diorng buat roti sndiri majukn ekonomi sana.. “.

“Labuan ada jual, tue pun bawa dr semenanjung jgk.. tp harga naik sikit la, bukan 85sen “

Dan ketika aku nak update entri ni , aku dah bekalkan untuk aku dua bungkus roti jagung tapi Zahra menjerit nak ! Pantang nampak la roti ni.. Huhuh..

Aku pun kasi. Dan tak sampai sesuap..

image

You May Also Like

7 comments

  1. Alahai..Zahra..PC pun biasanya kalau balik kampung beli roti ni dengan air mineral..tak reti jemu :)

    BalasPadam
  2. Memang sedap, saya suka vanilla, hihihi, tapi kalau Gardenia tambah krim mesti lagi sedap,hahaha.

    BalasPadam
  3. hihihi, saya pun suka beli roti ni bnyk2 tp yang perisa coklat, bekalan utk anak2 pagi2 ke sekolah. kalau terserempak dgn van gardenia, boleh terus beli dgn org van dpt murah! kalau rajin, pagi2 tunggu van gardenia depan kedai rncit hihihi

    BalasPadam
  4. Haah, kat sabah takde jual roti gardenia yang ni... Takat roti buku ada lah, huhuhu... Tapu dha lama tak borong roti ni bawak balik sabah... Hahahhaa

    BalasPadam
  5. Kat KLIA2,kedai mana eh nak beli roti gardenia ni?thanks

    BalasPadam
  6. Di Klia2,kedai mana eh da jual roti gardenia ni?

    BalasPadam