LPT2 memang ‘berhantu’ !

by - Khamis, Disember 15, 2016

 

Bertolak dari Kok Lanas pagi semalam , sememangnya dah lewat bagi aku. Ikutkan , lepas subuh dah kena gerak ! Ini untuk elakkan mata aku keletihan di kala matahari tegak atas kepala. Bila ini berlaku , kami sekeluarga sudah pon berada setengah perjalanan.

Hurm.. aku pasang waze. Niat nak ikut jalan biasa jer yakni Gua Musang sebab dah tau selok belok jalan tu.. mana berlubang.. mana yang selekoh bahaya.. Tapi entah apa giler , aku biarkan Waze memandu arah aku kali ni..

6 jam sampai ke Bandar Baru Salak Tinggi. Boleh tahan laju gak ikut Waze kali ni. Aku tengok arah perjalanan dan .. ikut LPT2 ! Hurmm.. Aku tak gemar nak lalu situ ! Tapi alang alang dah bergerak.. nekad je la..

Jam 12 tengahari.. Cuaca baik sungguh hari ni. Tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Memasing memandu dengan kelajuan yang mereka inginkan. Tapi aku tak berani nak laju sebab anak anak sedang tidur di belakang dan aku.. dalam keadaan pening kepala gara gara tak cukup tidur semalam dan makan fries banyak sangat ! GARAM ! Takda air lemon untuk hilangkan rasa masin di lidah ! Aduhhh.. stokk abis !

Mata semakin layu. Beberapa kali aku berhenti di RNR yang disediakan untuk melelapkan mata. Tapi bila berhenti , mata terus segar ! Grrrrr .. geram aihhh..

Ok.. aku bergerak semula selepas berhenti 5 minit.  Dan , mata kembali mengantuk. Ada seketika , aku terlena sesaat dan nyaris.. nyaris langgar lori yang ada di depan mata !  Astagfirullah Al A’zim..  Nasib baik !

Terus aku bagitau wife.. Kita berhenti rehat di Cherating. Tidur semalam kat sana. Cari hotel yang sesuai dengan budak budak.. Dan dalam kepala aku , Hotel Legend Cherating. Hotel ni dah boleh dikatakan sebati dengan aku ! Walaupun pernah inap di Holiday Villa , aku rasa hotel ni cam lagi best. Suria Cherating , aku lom try lagi tapi tak berani nak try sebab harga dia leh tahan gak wooo.. Hahahaha..

Oh ya.. part berhantu di LPT2 ni , aku rasa ramai tau dah.. dan ramai dah kena kacau kan ? Hehehehe.. Kalau korang lalu kat situ , mesti tau punya laa.. Kadang kadang yang berhantunya adalah pemandu yang kurang asam ! Tu lebih hantu dari hantu hantu zombie yang sedia ada !

You May Also Like

4 comments

  1. mmg berhantu LPT2.
    kadang rasa dah lama atas jalan tp baru smpi Ajil.
    baik ikut Gua Musang.
    Wlu kdg sakit hati dengan lori beratur tapi takde mengantuk.
    hehe

    BalasPadam
  2. cuma lalu LPT2 dari KT ke Dungun aje.

    BalasPadam
  3. Saya tinggal di paka, dungun terengganu selama 7 tahun. Memang selau travel ulang alik ke kuala lumpur atas urusan kerja dan peribadi. Sejak LPT2 siap, memang benar dapat mengurangkan masa perjalanan. Cuma perlu berhati2, dan selalu peka terhadap keadaan jalan. Saya sebaik mungkin cuba elakkan driving d waktu malam kerana amat berbahaya. Even waktu siang pun sgt hati2 kerana keadaan jalan yang tak elok. Hati2 memandu bila menggunakan LPT2

    BalasPadam