Mati atau Penguat Semangat !

by - Jumaat, Disember 09, 2016

 

Ok.. abis dah workout ari ni.. Tengok cermin.. Hurmm… Post ke Instagram sebagai ‘kenangan’. Nanti dah boroi , ada bukti kita pernah kurus molek ! Heeee…

image

Tapi lepas post , tertngok d bahagian ‘disyorkan’ kat Instagram tu. Adeh.. Terus rasa cam nak delete je gambar tadi ! Kenapa ??? Sebab ternampak gambar gambar abam abam sado berposing mengeluarkan otot-otot pejal mereka ! Adeh.. terus terasa cam langit dan bumi !

Secara jujurnya.. aku rasa cam nak bersara je terus dari arena membina otot otot ni dan mengekalkan satu otot yakni di perut dengan menjadi blogger ulas makanan ! Lagi sodapp gituu !

Tapi kena rujuk kembali niat kita ke gym. Nak jadi camana sebenarnya ? Untuk kesihatan ? Atau nak kasi orang puji ? Atau pun nak masuk pertandingan ? Mana satu ??? Haaa..

Kalau nak masuk pertandingan atau kasi orang puji , berworkout saja tak cukup ! Bajet besar diperlukan wooo.. Kena ada trainer. Kena makan cukup. Makan lak , bukan murah murah wooo.. Bukan nasi lemak bungkus setiap pagi dan roti canai telur setiap malam ! Haaa.. Boleh muflis kalau kita ni bergaji ciput ! Sebab tu orang kata nak main besi ni , bajet besar. Tapi kalau takat nak dapatkan pujian . tak payah laaa.. buang masa jer ! Perlu ada matlamat !

Ok.. kembali ke niat aku.. Aku nak pastikan aku sihat senantiasa. Aku ada hypertension. Keturunan aku ada diabetis. Jika tak jaga , kolestrol juga akan datang lepak ! Maka boleh dapat 3 serangkai.

Hurm.. aku tak nak jadi terlalu besar. Terlalu berketul. Memadai nampak smart ketika pakai baju. Dan seksi ketika bukak baju. Aumm.. Hahahaha.. Ok la kan ?

Di usia aku sekarang ni , dan ditambah anak anak nak masuk sekolah , aku kena fikirkan mana yang lebih utama. Bersenam untuk kesihatan yang mana ianya penting untuk aku sebab aku ni blogger.. penampilan amat penting dan kesihatan juga diutamakan sangat ! Kalau tak sihat , takda idea nak update blog.. kan ?

Nasihat aku pada mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia menyadokan diri ni , jangan perbandingkan badan korang dengan otai otai.. Diorang makan cukup.. traning cukup.. dan fokus untuk pertandingan.. Kita , asal sihat dah.. kan ?

You May Also Like

0 comments