MURTABAK ROSLI cuma RM5 saja !

by - Jumaat, Disember 09, 2016

 

Mak mertua ajak singgah nak tapau murtabak. Katanya murtabak ni sohor  dan sedap sangat ! Aku tak banyak cerita.. singgah jer ! Lagi pun dah satu hala nak ke Wakaf Che Yeh. Alang alang je kan ?

Sampai kat Simpang Syed Kuning di Kadok , Kelantan.. terus aku bagi signal untuk berhenti tepi. Aku ulangi.. aku bagi signal kiri untuk berhenti.. walaupun tiada kereta berhampiran di belakang. Kadang kadang kita tak perasan andai ada kenderaan di bahagian blind spot !

Ok.. order dulu.. balik kang baru amik sebab ramai orang. Maka lamba skit. Aku ingatkan , murtabak dia ni sama je cam yang biasa biasa.. Tapi bila aku dah kembali untuk amik , aku dapati murtabak dia lain macam skit. Paling menarik , pekerja dia semua berkopiah ! Sejuk mata memandang.. Huhhu.. Restoran bersih !

image

image

Tebal. Dan bau dia , fuhhh.. Pada awalnya aku tak nak makan. Diet la kononnya. Tapi bila dah terbau dalam kereta , hurmmm.. Perut terus jadi keroncong. Teringin nak rasa ..

Di rumah.. wife potong kecik kecik.. Semua dapat rasa. Saja tak beli banyak sebab takut tak abis.. Persoalannya, sedapkah seperti mana baunya yang menarik itu ??

image

Ok.. memang sedap dan berbaloi makan ! Kalau aku tak jaga badan , aku leh masuk 4 keping sekali gus tu..Hahahaha.. Bukan penuh dengan tepung tapi ngan inti tuuu.. memang terasa kelazatan dia..

You May Also Like

2 comments