Old Town White Coffee Wakaf Che Yeh terbaik !

by - Khamis, Disember 01, 2016

 

Aku suka gi tempat tempat makan pastu kasi bikin huru hara kat situ. Hehehe.. Nak tengok camana staff kat sana punya respon ! Ada beberapa restoran yang gempak , memang ok seperti Paparich IOI Mall Putrajaya , Tom Yum Kung Ayer@8 di Putrajaya pon ok.

Dan hari ni ke Old Town White Coffee di Wakaf Che Yeh memandangkan ada voucher bernilai RM30 yang aku dapat ketika perasmian BoboiBoy tempoh hari. Apakah mereka akan menerimanya ? Sebelum ni ada gi ke Old Town White Coffee di stesen BHP selepas tol Gombak tapi diorang tak terima. Katanya francais je. Ke gi HQ ! Huhuhh Tak de la pulak ada tulis kat voucher tu kena g HQ untuk tebus. Malas nak bertekak.

Alhamdulillah.. kat cawangan Wakat Che Yeh ni bagus ! Aku salute la kat diorang ! Yang bagusnya , diorang ni muda muda.. dan manis belaka ! Heee..Buat kerja pon laju dan senyum sokmo.

Makanan bagi aku.. memang menepati citarasa aku ! Harga pon , ok la.. standard restoran berhawa dingin dan service ala hotel gitu.

image

image

image

Seperti biasa.. Zahra akan buat ‘huru hara’ di mana saja dia pergi.. Aku rasa dia tak berniat gitu tapi ada satu perangai yang aku rasa.. dia warisi dari aku.. clumsy ! Confirm akan ada yang tumpah ! Dan tadi , air cendol dia.. serta air sejuk tumpah abis atas meja. Dia memang nak makan sendiri. Tak nak bersuap ! Maka.. itulah harga yang perlu dibayar…

Apakah staff tarik muka ? Alhamdulillah.. aku dan wife kasi bersih la sedikit tempat tu.. sebelum beredar dari sana. Staff ok jer.. Cuma ada sedikit sedikit je perlu diperbaiki..

Harap dapat kekalkan kerja gini.. baru pelanggan akan kembali.. kan ?

You May Also Like

3 comments

  1. pernah lepak sana lepas singgah wakaf che yeh.. servis okay, boleh tahan.. jangan yg kat kubang kerian tu je.. hehehe

    BalasPadam
  2. hihiihi..ank2 saya pun suka bikn kecoh kat kedai mkn..hahha! itu sbb tk boleh berlama2 , risau kalau2 mengganggu ketenteraman org lain.

    ermmm..balik kampung nanti, nak try lah old town w.che yeh!;-))

    BalasPadam