Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 1 Disember 2016

Pakaian ADIDAS tidak lagi berkualiti berbanding PUMA ?

 

Hurmm.. Aku baru beli satu wind jacket Adidas . Harga , RM180. Aku dah ada PUMA punya dan nak ada satu lagi. Ada banyak pilihan seperti Under Armour , Nike serta Puma. Tetapi aku tertarik dengan Adidas sebab warnanya. Aku memang tengah giler warna oren ! Hehehehe.. Lagi pun , kalau aku pakai ketika dok walking atau running di jalan raya terbuka , warna oren ni akan lebih terang dan mudah kelihatan dek pengguna jalanraya yang lain , kan ?

Ok.. aku beli Adidas.

image

image

Dan tak sampai sejam aku berworkout.. Aku tak workout berat  pon sebab badan masih penat.. Aku ternampak di lengan aku dan terus rasa kecewa.. Haihh.. Sama seperti seluar track aku , bahagian dalam koyak.

image

Hurmm.. Nak kata ketat sangat , size sama jer.. Size L seperti Puma punya. Besar dah pon tu cuma ketat kat bahagian belakang skit jer.. Sama cam Puma.

Tapi aku memang dapat rasa perbezaan kualiti antara Puma dan Adidas sejak dua menjak ni. Entah kenapa kualiti Adidas semakin ke laut skang ni.. Hurmm.. walhal dulu , Adidas jauh lebih bagus dari Puma. Sekarang , bagi aku Puma semakin mengemaskini kualitinya.

pimage

Nampaknya wind jacket yang baru aku beli ni , kena potong dibahagian lengannya. Hurmm.. Terpaksa ! Kalau tak ? Nak pakai camana kan ? Hurmm..

Oh ya.. nak kata aku semakin besar.. ngarut la.. Tak pun. Aku bukan bikin badan kasi besar pon.. Hurmm.. Terpaksa cari jenama lain lak.. Nak try Under Armour pasni memandangkan aku pun dah ada headgear dan cap Under Armour dan ternyata kainya memang sedap dan sesuai dengan aku..

image

2 komen :

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

hurmmmm nampak mcm hehehehehe.. tapi ss suka adidas stylo

- dieyana - berkata... [Reply to comment]

bukan original kot en ben? ;-))

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI