Sukan permotoran yang bermanfaat untuk kita !
Bila hujung minggu , laluan lebuhraya pasti akan dipenuhi dengan motor motor pelbagai bentuk. Tahniah bagi konvoi yang berdisiplin dan terurus dan bagi yang ‘kelam kabut’ serta ikut tekak , rasanya kena gi kursus berkonvoi dulu gamaknya.. Merbahayakan pengguna jalan raya yang lain !
Dan selain berkonvoi , ada juga aktiviti aktiviti permotoran yang memberi kepuasan serta mendatangkan faedah pada peminatnya. Contohnya hari ni , aku dan rakan rakan blogger ke FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONCHIP 2016 yang diadakan di Shah Alam.
Bagi aku , ini adalah salah satu inisiatif buat mereka yang berbakat serta minat dalam bidang ini , menonjolan kebolehan mereka ! Dan ternyata ramai yang berminat dalam sukan ini tanpa mengira usia dan bangsa , mengambil peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat acara permotoran yang bakal menjadi agenda tahunan.
Puashati dapat tengok mereka yang ‘berhati kering’ serta berskill , mempamerkan aksi aksi gempak mereka di depan mata !
Moga tahun depan , lebih banyak penganjur berminat untuk menaja pertandingan sebegini dan juga ada trek lumba motor mesra rakyat ada di setiap bandar mahupun negeri.. Huuhuh.. Barulah mereka tak berlumpa di jalan raya , kan ?
11 comments
Jika ramai ahli perniagaan yang menaja, sudah tentu kita mampu mengasah dan menonjolkan bakat-bakat di dalam negara. Saya merasakan memamg kekangan utama sukan di negara kita adalah sponsorship. Tiada sponsorship maka tiadala pelan pembangunan sukan di dalam negara. Talent rakyat Malaysia banyak sbnrnya.
BalasPadamI takut tgk org lumba motor, rasa kecut perut hehe
BalasPadamSetuju sangat!
BalasPadamIni baru betul2 adventures...seronokkk lepaskan gian sukan yg kena dgn track baru puas hati
BalasPadamBetul tu...kejohanan macam nie kena buat lebih kerap lagi
BalasPadamyup bangga dengan diorang..harap dapat diwar warkan lagi supaya ia menjadi salah satu sukan utama di Malaysia..
BalasPadamGood suggestion.. bestnya tgk live
BalasPadamSetuju. Kalau ada banyak ruang dan peluang untuk masyarakat sertai, mungkin boleh tarik minat yang suka rempit kepada sukan permotoran yg selamat cenggini.
BalasPadamTerbaikkk..sukan macam ni memang bagus untuk mereka yang minat dengan dunia kemotoran..
BalasPadamsaya selalu kecut perut tengok diorg lumba camni. risau
BalasPadamSuka tengok race motor tapi ada event tak dapat nak join... cantik gambar2...
BalasPadam