Taska mana sesuai untuk Qhaliff Iman ?

by - Selasa, Disember 13, 2016

 

Aku pening nak pilih taska untuk Qhaliff. Nak yang dekat , ada. Boleh jalan kaki ke sana. Dekat sangat dengan rumah… Tak pasti sesuai atau tidak dengan Qhaliff yang gemar cakap omputeh tu walaupun ke laut bunyinya.

Atau di Putrajaya.. dengan ngan pejabat wife. Dia gi kerja , leh antar terus Qhaliff. Cuma masalahnya , apakah nak hantar separuh masa atau sepenuh masa ?? Kalau sepenuh masa.. kesian kat dia lak kan ? Baru 5 tahun dah gi sekolah lama lama.. Dan Zahra serta Aariz , takda abang long di rumah !

Arghhh.. Cepatnyaa masa berlalu. Tak bersedia aku nak ‘sekolahkan’ si Qhaliff. Tak abis bermanja lagi aku dengan dia.. Huhuhu..

image

Pening aku.. pening ! Rabu ni nak gi test satu taska di Putrajaya dulu. Tengok camana penerimaan dia. Yuran pun leh tahan gak harganya…  Kat rumah aku pun gitu gak.. lebih kurang jer. Cuma mudah untuk aku je la nak antar dan jemput dia.

Teringat aku dulu.. mak aku antar ke Tadika Kemas jer ! Heheheh.. Berjaya gak jadi ‘orang popular’.. Hahahaha…

You May Also Like

11 comments

  1. susah gak nak pilih taska utk anak ni..

    BalasPadam
  2. rasanya pilih yg dekat & half day.. tak de la boring sgt dia kat school

    p/s : comel gambar ni.

    BalasPadam
  3. PC pun tadika KEMAS juga..huhuhu..
    Sekarang banyak taska..tadika..cuma kena rajin survey..

    BalasPadam
  4. ok je memana masa umur 5 tahun ni ben.. tak payah nak sepenuh masa kalau petang ada yg nak jaga.. sekolah tu cuma nak bg dia oandai ebrgaul dengan kawan2 sebaya je..kalau dpt pandai baca menulis tu bonus..

    BalasPadam
  5. Yang last tu win hahahha janji tadika atau taska tu berdaftar itu paling ptg kan.

    BalasPadam
  6. better tadika yg fullday la ben.coz u keje tak tentu masa kan. kang kalo hantar dia sekolah smpai tghari je, kena commit utk amek dia blk sekolah setiap tghari.tetiba ada job kat luar, sape nk pi amek dia?

    BalasPadam
  7. sory up komen lg satu. just nk bgtau je. anak2 sy dh start di sekolahkan masa umur 4thn lg dah.dan paling kesian kat adiknya lah.masa kakak umur 4thn adiknya br 2thn.terpaksa hantar dok sekolah ngan kakaknya jugak. sbb nya makpak dorang keje.bygkan lah bdk umur 2thn dh mula bersekolah.dok taska/tadika tu dr kol 7pg smpai 6ptg.taska/tadika pulak jenis yg umah kedai.terkurung lah depa kat tingkat atas tu dr kol 7pg smpai 6ptg 5hari seminggu huhuuuu

    BalasPadam
  8. Ok je kalau sampai petang. sebab qhaliff pun dah besar - dah 5 tahun. nanti masuk sekolah 7 tahun, sampai petang jugak dia kat skolah nanti. anak saya 2 tahun, saya hantar kindergarten sampai petang jugak. Ok jer dia kat sana

    BalasPadam
  9. anak² saya 5 tahun hantar pra sekolah je.. cuma yg no 3 ni payah sikit nak dpt, dah byk tempat mohon.. skrg pra sekolah tak amik sgt dah budak 5 thn..

    BalasPadam
  10. ala..siannye kalau hantar sepenuh masa baru 5 tahun. hantar yang dekat ngn umah je and kalau ada orang nak jaga kat umah, better hantar halfday je. macam tadika kemas jugak...hehehehe :)

    BalasPadam
  11. Pilih yang half day je masa umur 5 tahun.. Lagi half day bleh teman Zahra & Aariz :D

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam