Ulasan aku mengenai Star Wars : Rogue One !

 

Tiba-tiba dapat mesej dari Mothercare Malaysia. Tanya aku berminat tak untuk tonton filem Star Wars terbaru, Rogue One. Gileer tak nakkk ! Aku pun tak tau bila nak tengok sebenarnya tapi bila ada offer gempak gini , jangan dilepaskan.. Heheheeh.. Walaupun aku benci PAVILLION Bukit Bintang sebab di sana sering sesak , demi Star Wars , aku gi gak laaa..

Dan sebelum aku gi , aku google gak review mereka yang dah tonton. Macam macam ulasan ada dan paling baik , andai dah minat , gi je tengok.. tak kisah la best ke tak , yang penting tengok dulu baru kasi ulas !

image

Seperti ulasan aku sebelum ni , Star Wars bukannya kembali dengan isi yang baru tetapi cuma diperbaharui dan ditambah babak babak yang takda sebelum ni , bak kata kawan aku.

Secara jujurnya , ada la terlelap beberapa kali sebab dah tau jalan ceritanya.. hahahaha.. tapi aku jegilkan mata ketika babak perang sebab babak tu aku minat sejak dulu lagi.. Cara pembikinan ketika tu mengujakan aku !

Kesimpulan.. kalau korang memang minat Star Wars dari dulu , Rogue One tidak menghampakan. Andai korang baru nak tengok , pastikan pasni tonton Star Wars yang sebelum sebelum ni atau korang akan garu kepala sebab tak paham !

1 ulasan:

  1. Tak jadi lah nak pi tgk kat panggung. Yg sebelum ni pun i terlelap gak hahaha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009