Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 3 Januari 2016

Hadiah Hari Jadi untuk si isteri ...

Hehehe.. barang kemas dia tak nak ! Tak reti nak jaga katanya.. Bukan tak pernah beli pon.. tapi asyik cicir jer.. Jadi , aku bagi dia pilihan.. Pilih la apa saja dia nak selagi suami dia mampu ! Nanti dah tak mampu , jangan mintak bukan bukan dah ! 

Dan.. seperti yang aku jangkakan ..perempuan tetap perempuan ! Hurm.. mesti la kan ? Takkan nak mintak hadiah barangan lelaki lak ? Adoi ,, ko ni pon Ben !! Huhhhh... 

Dia nak beg tangan dan kasut kerja. Tak nak mahal mahal sangat pon.. Kalau mahal cam LV , Prada tu .. aku mampu bagi la ! Mampu bagi tag harga jer ! Huhuhuh.. Gila kauuu... Aku bukan anak sedara Dato Seri Vida tuuuu ! Huhhh... 

Aku kasi dia peluang pilih apa dia nak.. jenama apa sekali pun yang penting , selesa dan kemas ! Kan kan ? Yang penting , jangan riak ketika memakainnya ... Haaa ! 


Ini je la dia pilih. Alhamdulillah ! Masih ada baki dari bajet hadiah dia tuu.. Hahahaha.. Nak beli jaket Superman laaa..

Bersemangat dia nak gi kerja esok !

Mampukah hidup tanpa internet ?


Dua hari satu malam di Agrofarmstay , Durian Tunggal nun di Melaka..Seronok !  Kenapa ? Dapat banyak ilmu di sini di samping persefahaman antara blogger semakin kuat ! Dan di sini juga Kelab Blogger Ben Ashaari terima 4 rakan baru yang cukup berkualiti ! Ada kelebihan dan mampu membantu KBBA pergi jauh lagi dan berkembang ke sudut lebih positif. InshaAllah.. 

Tapi.. tapi.. Huhuh... Internet di sini agak kurang kuat. EDGE memanjang. Pihak tuan punya resort dah sediakan WiFi tapi masih belum mantap. Bukan salah tuan rumah yer. Tapi ada kebaikkanya ! Aku nampak blogger yang hadir ke sini , kurng bermain dengan telefon ! Termasuk aku ! Hahahaha.. Aku pun tak dapat update blog sewaktu berada di sini.. 

Takde internet , matikah ? Hahahaha.. Sehari dua , ok la kot... anggap cuti rehat bila berada di sini.. Tenangkan diri sambil beriadah dan berbengkel ! InshaAllah akan dapat manfaatnya ! Rasa tenang jer.. Tak yah sibuk sibuk nak tengok Facebook .. tengok Instagram.. tgk blog.. Cuti je sekejap.. Bila balik rumah , fresh gitu ! 

Dan aku nampak , blogger blogger lain pon begitu jugak .. Tenang  tapi gembira. Berbual dengan rakan rakan lain menjadikan kami lebih mesra ! Ternyata , sesekali bercuti dari dunia maya memberi kesan positif pada fizikal dan mental.. InshaAllah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI