Isnin, 4 Januari 2016

Tiada lagi pergaduhan !

Alhamdulillah.. Jumpa gak ! Selamat duit dari nak kena tempah bathtub untuk diorang berdua ! Kalau takkkk.. mau berpeluh gak daddy nak hulur duit membayar tempahan bathtub tuu..Bukannya murah , ok ! Mahai woooo...

Idea dari wife, Cadangan dari aku. Heheheh... Gabungan dua tu menjadikan anak anak aku ketika mandi , tak bergaduh dah !



Bila dua dua tenang , daddy pon tenang laaa.. kan ? Takde macam dulu... berebut tempat . skang , haaa ! Layan sampai bila dah layan !

Belajar Teknik Fotografi : Nak tapi malu !

" Gi kelas fotografi ? Tamoooo.. Segan ! Tak de geng ! ".

Itu la dalam kepala aku ketika aku memiliki DSLR buat pertama kalinya ! Tapi sejak aku bikin komuniti blogger , segan semakin menipis bila dapat tau ramai blogger , sama cam aku ! Maksud aku , buta kamera ! Semua main auto jer ! 

Terus terang.. banyak kali dah aku berguru dengan Youtube. Bila tonton , paham.. Nak masuk praktikal , terus terlupa ! Maklumlah , takde geng. Layan sengsorang gituuu jer.. hehehehe .. Kalau ada guru kan best. Tapi masalahnya , aku segan.. 

Dan peluang untuk berguru muncul di depan mata apabila rakan blogger , Lan Careno mencadangkan satu bengkel Fotografi untuk ahli Kelab Blogger Ben Ashaari diadakan ! Satu idea yang cukup menarik. Perbincangan dilakukan dan akhirnya menjadi kenyataan.. berkat kerja keras AJK serta blogger yang terlibat ! 


Bertempat di Agrofarmstay Skill Tech di Durian Tunggal , seramai 30 blogger mengambil bahagian menuntut ilmu dunia fotografi. Masa yang terhad tetapi blogger yang hadir berjaya mendapat ilmu yang dikehendaki.. walaupun sekadar asas ! Masa mencemburui kitorang ! 




Menariknya , bengkel ni bukan sekadar indoor jer .. Outdoor pon hadoooo ! Kiranya mereka yang turun ke bengkel ni berjaya kutip ilmu ni sebanyak mungkin.. Sapa malas , dapat telur laa.. Rugi , rugiii.. 


Hurmm.. Terus terang , aku kerugian ! Aku tak dapat ikut sangat bengkel ni. Kenapa ? Sebab sakit kepala. Aku terpaksa makan ubat dan lari masuk ke dalam kereta buat sementara. Lelapkan mata dalam setengah jam gitu.. 

Bila aku kembali , aku dapati aku dah ketinggalkan jauh sekali dan para blogger yang lain kelihatan masih begitu berminat dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kelas. Hurmmm.. Dah tu , aku camana ???? Sia sia je la aku datang ? Huhuh..

Tak , kata sifoo.. En. Hadi sememangnya dah tau akan ragam manusia ni terutama orang macam aku ni haaa ! Makin tua , makin hensem tapi ada je karenah tersendiri ! Kan kan ? Hahahaha. Rileksss... Jadi camana dengan aku ? 

Tadaaaa ! En. Hadi bagi aku jalan penyelesaian !



DVD kauuuu ! Canggih gituuu.. Ibarat sifoo depan mata je ni ! " Apakah berbaloi ? Senangkah ? Camana rupa di dalam dvd ni ? ". Aku tau. tu yang korang nak tanya kan ? 


Ada banyak tajuk dalam satu satu DVD. Kena layan semua sekali.. Hhuhuh.. Tapi bagi aku , DVD ni mudah untuk follow. Kadang kadang ada orang tak boleh g kelas terutama lelaki cam aku ni. Tak de masa gituuuu ! Huhuhuh.. ( Jangan sesekali kata takde masa untuk menuntut ilmu ! ) 




Simple tapi menarik ! Seperti belajar live bersama En.Adhadi. Belajar live menarik , belajar kat DVD pon menarik ! Amacam ? Tertarik ? Hehehehe..

Ok.. aku tau ada yang berminat nak tau tentang kelas / bengkel fotografi.. dan ada juga nak DVD yang seperti di atas tu kan ? Huhu... Bagi yang berminat , boleh hubungi sendiri En. Adhadi.. Samada nak dapatkan perkhidmatan dia seperti perkahwinan , event dan nak jugak adakan bengkel macam team aku buat , kan ??? Hehehhe.. Atau nak dapatkan DVD ! Caranya mudah jer .. Sila hubungi Adhadi Mohd III di https://www.facebook.com/adhadi6.

Serius , berbaloi.. Sifoo muka garang tapi lembut ! Huhu...Kelas berakhir dan semua gembira !! Huhuhuh.. aku je perlu belajar semula asas fotografi nanti ! Huhuhuh... 

Khas buat peminat Danish Paf Pastri oleh Siti Hazura !

Aku bagi buku resepi bertajuk Danish Paf Pastri kat wife. Nak tengok respon dia. Apakah dia akan tanya aku. nak buat ke ? Atau aku yang nak buat ??? Adehhh.. Aku buat ??? Hurm... Aku amik balik buku dan belek belek.. 

30 jenis rasa ! 

Ada siap langkah demi langkah ! 

Macam mudah jer .. 






Kan ? Macam mudah je kan ? Tak mustahil aku boleh buat ni ! Tapi kena tunggu Zahra besar skit la.. Leh buat sama sama .. baru meriah kan ! Buat sekali ngan anak dara kite gituuuu... Tapi kalau nak buat bersama isteri tercinta pon , ok je kan ? Haaaa.. Nak try la nanti.. 

Harga ? RM25 jer .. Mana beli ? Buku keluaran ALAF 21 ni mudah je nak cari.. Kat MPH pon ada haaa.. Bersepahhhh ! Kalau nak tanya lebih lanjut atau tak paham , boleh je pm si tukang buat buku ni... Azura Rahman atau Siti Hazura ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI