Rabu, 6 Januari 2016

Blogger penipu !


Terkedu ? Perlu ke aku terkedu atau terasa bila ada orang kata yang blogger ni lebih pada suka menabur fitnah dan gossip liar semata mata ! Paling tidak pon , mereka ni jenis suka menulis mengarut ngarut ! 

Yup.. banyak kali aku baca terutama dia komen komen fan page yang popular ! Tapi persoalannya , perlukah aku dan rakan rakan seperjuangan aku terasa dan sentap ?? 


Aku tak nafikan memang wujud blogger jenis gitu ! Tujuan utama adalah untuk menarik trafik ke blognya dan menjana pendapatan melalui banner iklan diletakkan di blognya. Tapi dia terlupa soal keberkatan ! Er , atau dia tak kisah langsung mengenai keberkatan ?? Kot ? Ke tak tau ? Hurmm..

Aku ? Hurm... Aku tak kisah pon apa diorang nak kata.. Kenapa ? Sebab aku tau apa yang aku buat. Selagi mana aku tak buat seperti mereka tuduh tu , aku cool jer ! Kenapa perlu aku sentap , kan ? Hakikat ! Dalam setandan pisang , bukan semua cun buahnya.. kan kan ? 

Kita nak nasihat pada blogger yang jenis tak kisah soal keberkatan ni pon , payah gak.. Kang dia sekolahkan kita balik.. Apa yang boleh , berdoa agar satu hari nanti dia sedar.. 

Yang pasti.. dalam KelaB Blogger Ben Ashaari , senantiasa blogger dipesan mengenai isu ni. Sila jaga nama sendiri.. nama kelab terutamanya ! Kalau tak , ramai tersangkut nanti ! Jenuh nak clearkan nama wooo.. 

Nak cari income dari blog , banyak caranya.. Dan pastikan cara itu akan mendatangkan manfaat terutama pada mereka yang follow blog kita.. 

Panas ! Panas ! Nak aircond !


Arghhhh.. seminggu dah rosak ! Eh , takde gas !! Aduhhh... Letih la gini .. Dah call mamat yang repair aircond aku ari tu Katanya ada warranty lagi... sebaiknya gi report ke Sen Heng dulu baru dia datang check ! Rugi laaa kan ? 



Tapi serius laaa... minggu ni cuaca memang panas semacam ! Aku pon tak sangka dalam rumah boleh berpeluh peluh walaupun dah pakai dua kipas ! Nak tak nak , aku kena kena naik ke bilik yang ada aircond untuk sejukkan badan aku serta anak anak.. Huhuhuh..


Dua dua ni aku beli kat Sen Heng. Ada warranty sehingga 5 tahun rasanya.. Heheheh.. Panasonic. Tapi orang kata Panasonic tak bagus.. Cepat bermasalah ! Yeke ? Dah guna dah.. Memang yang pertama tu , dah direpair dan servis ari tu.. Dan skang jadi lagi.. Hurmm.. 

Nak beli yang baru.. Rasa rasa aircond apa yang ok eh ??? Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI