Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 15 Januari 2016

Anak perempuan lebih cepat matang ?

Hurm... Zahra dah 1 tahun 8 bulan. Tapi gaya dia , jauh berbeza dari abang dia , Qhaliff di usia sama. Masih aku ingat lagi.. Qhaliff di usia ni memang nampak lagi 'baby' tetapi berbeza dengan Zahra yang dah mula sibuk macam kakak kakak dah !

Orang kata anak perempuan lebih cepat matang ! Tapi aku tak percaya.. Bagi aku sama jer.. Tetapi bila dah ada anak perempuan ni , baru aku nampak kebenarannya..



Secara jujurnya , aku tak risau kalau Zahra bangun awal tidur berbanding aku. Kenapa ? Setakat ni laa.. bila dia bangun tidur , dia akan kejut aku atau wife. Kalau tak bangun , dia akan usaha sehingga bangun. Aku pernah kena tampar.. kena cakar .. kena cungkil mata dek si Zahra ! 

Qhaliff ? Dia bangun tidur.. Dia bagi alarm terus ! Senang ! Hahahahah ...Tapi bagi aku la kan.. sebenarnya si adik ni meniru perbuatan abang.. Sebab tu dia cepat nampak matang.. Apa saja Qhaliff buat , dia akan tiru. Tu dari pemerhatian aku laa.. Dari sudut kajian , aku rasa mungkin lain.. Orang perempuan ni cepat matang dari lelaki. Tu hakikatnya... kan kan ? Sebab tu laaa lelaki perlukan wanita ! Bayangkan lelaki mengawini seorang perempuan.. Dia akan kelihatan biasa. Tapi bila dia punya 2-3 isteri , dia akan lebih kelihatan matang.. Tak caya , tengok Salleh Yacob ! Haa.. matang kan ? Haaa.. Tak caya , cuba kasi suami anda kawin lagi ... anak dara terutamanya.. Haa.. Try laaa .. 

Jap.. kasi aku lari jauh jauh dulu... 

Bila si isteri tercekik tulang ...

Aku dok layan berlari atas treadmill . Pada awalnya , Zahra ada dengan aku. Aku bagi dia bersenam dulu.. Kasi dia berlari 50km/j ! Hahahaha.. Memang laju skang dia berlari.. Hahahaha.. Sebelum ada treadmill ni, dia berjalan asyik nak jatuh jer.. Kaki tak kuat lagi. Bila aku dah latih dia atas tu , dah ok... Alhamdulillah.. 



Bila wife dah ready untuk amik alih.. Aku serah Zahra kat dia. Qhaliff dok tidur lagi. Semua ni berlaku sejurus dia sampai rumah.. lepas kerja ! Heeee.. aku nak beriadah skit ! Terpaksa ! Sebab aku mula terasa semput sekarang ni.. Bahaya wooo.. 

Paham tak aku cerita ni ? Haa.. kena pahamkan betul betul sebab part gempaknya belum lagi ni.. haaa!

Dia dan Zahra , duduk di kerusi meja makan.. Nak makan .. Lapar katanya.. Aku pon terus naik ke tingkas atas.. Set treadmill aku dan mula berlari.. Tengah sedap berlari.. tiba tiba aku terdengar suara wife sayup sayup.. Aku terus berhenti berlari...matikan treadmill dan pasang telinga.. Senyap sunyi di bawah .. 

Aku menjerit dengan manja.. Memanggil wife ! Dia menyahut tapi macam tak terkeluar suara.. Aik.. pelik ni.. Terus aku turun ke bawah.. Aku tengok dia dok pegang leher dia ! Aku tanya kenapa ? Tercekik tulang ke ? Kebetulan memang dia makan ikan.. ikan yang aku tak suka sama sekali ! Banyak tulang !! Hahaha.. Memang banyak kali aku tercekik tulang bila makan ikan tu ! Sebab tu aku lebih suka ikan pari atau ikan keli jer.. hahaha .. 



Aku terpa terus ke arah dia.. Aku try buat teknik yang selalu aku tengok kat tv.. hahaha.. Aku kata kat dia , jangan panik ! Kalau dia panik , aku pun panik ! Hahahah.. Terus aku cari nasi.. Er , mana ada nasi hari ni ! Hurmmm.. Aku nampak roti.. Roti yang tah bila expirednya .. Lantaknya , ni emergency! 



Terus aku amik size yang agak besar.. Aku masukkan dalam mulut dia. Suh dia telan sekali gus ! Tak yah kunyah kunyah atau nak suh aku letak jem strawberry bagai aihhh... Dan Alhamdulillah.. dia kembali normal.. Huhuhuh.. Terus duduk lega dia.. 

Dan aku kembali berlari di atas.. hehehe ... Aku banyak kali dah tercekik tulang.. tapi bukan tulang ayam ! Hahahaha.. Dia tercekik tulang ayam.. Katanya , waktu tu dia baru dok kunyah ayam.. tak sure bahagian mana.. Tetiba berlaku sesuatu pada  Zahra yang berdiri sebelah dia.. dia terkejut.. terus tercekik ! Hehehehe.. Gitu laa.. 

Nasib baik aku ada rumah.. kalau takde ?  Hurm.. Dan sesuatu aku patut belajar semula.. walhal dah pernah belajar.. tapi lupaaa... 


Kena ada sedikit ilmu perubatan ! 

The 5th wave menghampakan !

Punya tak sabar aku nak tonton citer ni gara gara trailer dia yg gempak giler..serius gempak giler ! Aku rasa bukan aku je rasa gitu..kan kan ? Akhirnya..penantian aku sampai tiba masanya..

Hurmmm... hurmm.. Dan aku tertipu lagi !! Seriusss..aku ingatkan cerita pasal penghujung dunia..rupa rupanya ??? Pasal alien !! Arghhhhh..rugi masa tidur aku !!

20 minit pertama nampak gempak.. pastu...pastuuu..adoiii.. dah mcm citer Falling Skies  ! Aku rasa filem The Day The Earth Still Flood lakonan Keanu Reeves jauh gempak lagi !

Tolong jangan tertipu macam aku..  Arghhhhhhh !! Baik korang tonton Dilwale 20 kali !! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI