Rabu, 20 Januari 2016

Diam je laah!


Ada kawan tanya aku... 

" Kenapa mereka suka bercakap mengenai orang lain , yer  ? " 

Aku paham maksudnya.. Hurm.. MENGUMPAT ! Kemudian MENIKAM BELAKANG ! Depan depan kita , mereka menjadi kawan. Di belakang , merekalah lawan yang paling ditakuti. Hurmm.. Dasat ! 

Mengapa semua ini terjadi ? Bila dalam hati ada perasaan kotor , maka akan senantiasalah tidak senang duduk ! Tak semestinya kita saja yang akan menjadi sasaran mereka.. sesiapa saja yang mereka kenali , menjadi 'musuh' mereka ! 

Apa yang mereka dapat ? Kepuasan la kawan ! Melihat manusia lain jatuh tersungkur , itulah impian mereka.. Seronok melihat orang lain yang ketawa sebelum ini , menangis tak berlagu ! Tersenyum dan berlalu pergi.. 

Mereka ini sebenarnya , bertemankan SYAITAN.. Syaitan sedang membisik di hati mereka. Jangan bersatu ! Jangan berkawan dengan mereka ! Hancurkan perpaduan mereka ! Jatuhkan mereka ! Yer , itulah yang nak sangat dilakukan.. 

Apa yang boleh kita buat ? Buat tak tau je laa.. Orang orang gini , lambat laun akan senyap. Buang masa je layan., Bangsa lain maju ke depan ! Kita tak sudah sudah berdengki sama sendiri ! Kemudian salahkan bangsa lain..

Politik kotor ni , tak semestinya ada di depan mata kita.. Di belakang kita tu lagi dasyat giler ! Fuh.. tak sanggup nak amik tauuu .. 


Qhaliff dan Zahra bakal ada adik ?


Jeng jeng jeng... Wife bagitau dia dah lewat beberapa hari ! Apakah ?? Benarkah ? Hurmm.. Zahra , makin manja kebelakangan ni.. Serupa macam Qhaliff ketika Zahra dalam perut ibunya.. Huhuh.. Tapi wife tak begitu yakin lagi.. 

Persoalannya, apakah aku bersedia untuk no 3 ? Jika ya .. aku rasa dah tiba masa untuk bersara dari dunia blog. Lagi pun aku dah tak larat dengan dunia politik blogger ni.. Lagi dasat dari politik negara! Nasib baik takda sapa derma aku 2.6B ! Kalau ada ??? Fuhh.. Tak leh nak bayangkan.. 

Wife masih belum berminat nak check.. Aku pun takde la nak paksa dia. Tunggu la kot seminggu lagi.. Kalau tak datang gak.. maka.. Huhuhuh.. 

No 3 ? Hurmmm... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI