Khamis, 21 Januari 2016

Menarikah Lexis Suites Penang ?

Aku baru terima email... Lexis Suites di Pulau Pinang ! Wowwww... Kalau dia berlatarbelakangkan laut , confirm cantik ! Apakah gitu ? Aku bukak terus page Lexis Penang.. dan tengok gambar satu demi satu..

Hurmm...






Kecuali kolam , yang lain sama seperti yang pernah aku pergi di Lexis Hibiscus Port Dickson , baru baru ni. Cantik , kemas dan nampak ekslusif ! Memang gempak ! Hilang stress kalau lepak sini semalam dua..

Harga ? Memandangkan baru je dibuka , maka harganya memang dah bagi diskaun ! Rugi kalau lepaskan wooo ! Macam nak balik kampung je aku minggu ni.. hehehe.. Leh lepak kat hotel ni ! Buat mereka yang tercari cari tempat percutian di hujung minggu ni , boleh la try menginap di sini.. Confirm takkan lupa percutian di situ punya !  





Mata ku sudah juling?

Aku dah syak sebenarnya tapi belum ada bukti ! Sakit kepala di bahagian atas dan aku tak boleh nak fokus pada satu satu point ! Mata kanan aku ni lebih rabun dari mata kiri. Dan baru baru ni , aku check , mata kiri dah semakin ok tapi mata kanan makin rabun ! Jadi bila aku melihat sesuatu tu , aku lebih kerap guna mata kiri .. Apakah puncanya dari cermin mata ? 

Aku tukar cermin mata baru. Lens baru tapi saki kepala tetap ada dan mata aku agak juling itik skit. Walaupun begitu aku tetap kelihatan kacak sama sekali. Orang kata juling itik ni nampak cantik dan kacak. Ternyata mereka pandai menjaga hati si juling itu ! Huhhhh.. Aku tak berpuashatiii.. 

Aku buat pemeriksaan mata dan tukar lens yang lebih berkualiti ! 



Hasilnya.. mata kanan aku boleh fokus dengan baik dan menariknya , juling itik aku dah jadi normal kembali.. Aku pon tak sakit kepala dah. Bila bukak cermin mata , aku boleh lihat tanpa rasa pedih di mata.. 



Aku syak lama dah bila wife aku kata napa mata aku juling skit ! Aku kata aku start juling masa jumpa dia ! Terpukau dengan kecantikan dia.. Maka bermula dari situ la juling walhal aku pakai cermin mata dah bertahun ! Cermin mata ni , hanya boleh pakai paling lama 2 tahun ! Pastu kena check balik power dia ..Ada yang ok dan ada yang makin teruk ! Kalau ok , pon kena check ! Sebab kalau dibiarkan , risau jadi juling gajah lak ! Haaaa... lagi bahayaaaa..

Cuma kes macam aku ni.. nak tukar lens setiap setahun sekali agak parah gak laaa.. Aku ni rabun tahap 98 petala langit punya.. namun gitu , aku lom tahap buta lagi laa.. boleh la nampak kecunan awek bila lalu depan aku.. hhehehe... Awek tuuuuu ! 

Nasihat.. jangan amik mudah mengenai cermin mata korang tu yer ! Sebelum mata rosak.. atau jadi juling sepenuhnya , baik dapatkan pemeriksaan pakar mata..

Maaf yer.. saya bukan menghina orang yang bermata juling.. Tetapi mereka yang senasib dengan saya.. berkaca mata tapi tak menitikberatkan penjagaan mata ! Seriuss.. aku mmg macam rasa dah juling ! Nasib baik CRIZAL UV LENSES membantu aku ! Haaa.. part ni , nanti aku cerita kat entri lain.. sebab panjang la gakkkk .. atau korang leh baca entri aku yang lepas mengenai CRIZAL UV LENSES ni ! 

Virus merbahaya di kalangan kita , sebenarnya !


Kan ? Terus terang.. aku juga mengalaminya ! Agak sukar untuk aku 'tinggalkan' sebentar telefon pintar sebab pejabat aku terletak di dlm telefon tu ! Aku bekerja 24 jam ! Apatah lagi di kala ekonomi sedang jatuh menjunam ni , aku perlu lebih kerja keras untuk menambah lagi pendapatan. Tu belum lagi confirm wife pregnant atau tidak.. Kalau ya ??? Haaa ..

Tapi sebenarnya tu bukanlah alasan yang bagus untuk aku ! Aku perlu akui.. Aku perlu buat sesuatu untuk meninggalkan sesekali telefon pintar ! Ya , aku pernah lakukan dulu.. Seharian aku biarkan telefon pintar aku.. Apa jadi ? Aduhhhh.. email , whatsapp , call .. banyak projek untuk aku masa tu gak masuk ! Hahahaa.. Dalam dunia online ni , perlu segera menjawab 'panggilan pelanggan' atau kita akan kehilangan terus.. 

Er .. Ya , aku percaya rezeki datangnya dari Allah. Dan aku akan berusaha untuk mengubahnya sebelum terlambat.. Perlu ! Atau aku akan 'kehilangan'.. Bukan mudah tapi itu lebih baik dari aku menyesal di kemudian hari ! 

Kalau tak reti nak membahagikan masa dengan dunia online ni , sememangnya kita dah terkena virus paling bahaya di dunia ! Dah jadi zombie woooo !! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI