Sabtu, 23 Januari 2016

Confirm.. Zahra ada adik !


Baru nak layan teater Bikers Kental , wife antar mesej bergambar ni ! Agak terpinga pinga sekejap kot ! Aku tau apa maksudnya tapi aku tetap tanya wife semula.. 

" Maknanya ? ". Tanya aku di whatsapp.

" Anak dah nak masuk 3 pon tak tau lagi ke maksudnya ? ". Wife jawab. 

Aduhhhhhh.. Zahra dah ada adik. Patutlah dia pelik sangat perangai sehari dua ni.. Rupanya dia dah tau yang dia akan ada pesaing tak lama lagi.. Huhuh.. Sian dia. Tak puas bermanja lagi.. Tapi apa nak buat , kan ? Rezeki dari Allah. Jangan menolak. 

Simptom wife mengandung dah nampak dalam sehari dua kebelakangan ni. Mudah penat.. cepat naik angin.. mual dan malas bermekap ! Hahahaha .. Dan menariknya.. adik aku pun mengandung gak ! Baru je dapat tau.. Sehari sebelum wife buat test pregnancy.. Huhuhuh.. Maknanya , mak aku akan dapat dua cucu lagi nanti ! Hehehehe... 

Hurm.. teringat sewaktu wife nak melahirkan Zahra.. aku dalam keadaan serba salah.. Bapak aku nak operation kanser dan pada masa sama , wife nak beranak ! Huhuhuh... 

Moga kali ni urusan aku sekeluarga dipermudahkan Allah.

Jom tonton teater 'Bikers Kental' di Istana Budaya

Teringin sesuatu yang biasa ditonton , tapi di depan mata ? Heheehhe.. Santai dan rileks... sesekali keluar dari skrip dan tetap mengeletek hati ! Keletah Awie dan Zizan benar benar mencuit hati penonton terutama dua orang sahabat baik aku yang belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Istana Budaya ni.. Dan berbaloi kata mereka ! 


Antara tarikan teater 'Bikers Kental '  ni ialah Awie. Secara jujurnya , bagi aku Awie berjaya menjadikan teater Bikers Kental ni menarik dan cukup menghiburkan. Manakala Zizan , seperti biasa.. boleh baca lawaknya namun tetap menarik dan kelakar ! Gabungan kedua dua pelakon popular ni , membuatkan teater Bikers Kental ni menarik untuk ditonton bersama rakan rakan.. Andai tiada skrip double meaning , maka ianya layak ditonton sekali bersama anak anak kecil.. Jujur ni ! Haaa...

Selain Awie dan Zizan , pelakon yang menjayakan teater ini ialah Ameerul Afendi , Nadia Brian , Kamarul Yusof dan ramai lagi. 





Lakonan Awie bagi aku dah cukup menghiburkan tetapi 'rosak' sekejap dengan adegan merokok. Rasanya tak perlu tunjuk kot part tu ! Biar pun ianya realiti , tetapi kita masih mampu mendidik penonton melalui teater.. kan ? Tak salah sebenarnya.. 

Teater Bikers Kental yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 23hb Jan 2016 dan akan berakhir pada 31 Januari 2016.Tike boleh didapati dengan harga RM45, RM65 , RM95 , RM124 , RM155 , RM185 dan RM305. Tiket boleh di dapati di  www.AirAsiaRedtix.com

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI