Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 24 Januari 2016

Rojak dan Cendol Aisha di Bandar Baru Salak Tinggi !

Cuaca panas ! Tekak nak cari sesuatu bagi menghilangkan rasa kering. Nak minum apa eh ? Hurmm.. Tak pe.. keluar cari makan dulu. Usung dua beradik ni sekali. Wife leh duk umah dan tenangkan fikiran. Hahahaa...

Di depan masjib Bandar Baru Salak Tinggi , aku ternampak lori kecil yang menjual cendol dan rojak. Adoiii... Sedapnya ! Wife memang kirim rojak dan memang rezeki dia murah tul ! Nasib baik ada jual.. Kalau tak , kena merayau sana sini gak aku mencari. Nasib dia nak rojak... Kalau nak daging gajah ? Aduhh.. 





2 rojak dan 2 cendol. RM12. Ok la kan ? Rojak dia pon puas makan ! Dan memang bersih kat tempat dia jual ni. Ada mee mamak lagi ! Aduh.. hahaha.. Lain kali nak try mee mamak lak.. Mesti kaw punya.. huhu..

Bubur Nasi Berlauk D'Laila kembali !

Malam ni barulah aku dapat pergi ke MMA SANTAI CORNER yang terletak di Bandar Baru Nilai yang tak jauh dari rumah aku tu.. Kali terakhir aku ke sana , sewaktu menyambut hari lahir aku. Kira kira dah sebulan lebih la.. Sibuk sangat ngan kerja.. Dan sekarang ni , nak g pon payah dah sebab wife dah mengandung. Dia tak leh baru masakan.. Huhuhu.. 

Ikutkan aku, lama dah teringin nak makan nasi berlauk D'Laila ni. Dulu dia pernah buat sekali tapi terhenti sebab tak cukup kaki tangan nak uruskan. Dan sekarang , ahaa... dia dah ada kaki dan tangan yang baru.. hehehe.. Rajin nampaknya.. Dan juga kedai baru ! Wahh.. dah bukak cawangan dalam MMA tuuu.. hahaha.. 

Apakah sedap seperti sebelum ini ? 




Tadi aku gi tapau.. Saja nak test makan kat rumah. Ikut hati nak je makan kat situ tapi memandangkan aku dalam tempoh 'berpantang' dan wife pulak punya alasan seperti yang aku nyatakan di atas , maka aku bungkus bawak balik rumah je la.. 

Sooooo.. sedap kahhh ??? Semua yang aku bawak balik.. SELESAI ! Huhuhuhu... Legaaaaa.... Lama dah teringin nak makan bubur nasi D'Laila ni. Bubur nasi dia memang menepati selera aku la.. Tak cerita banyak.. Nasib baik aku bungkus bawak balik.. Kalau makan situ ? Dengan pelbagai lauk pauk yang ada .. aku rasa mau aku kembali gemuk untuk malam ni ! Hahahaha.. 

Korang yang nak rasa bubur nasi D'Laila ni , boleh hubungi dia.. Pm je di Facebook. Booking tempat dan serbuu beramai ramai ! Jangan lupa , pm  Norlaila Dlaila Dlaila.

Selamat Menjamu Selera..

Sabar , wahai suami.. sabarlah !


Fuhhh... Menurut wife , period terakhir dia 13/12/2015. Skang dah 24/1/2016. Dah lebih sebulan.. Hurmmm.. Patutlah sebelum ni dia punya angin semacam jer. Aku dah syak tapi dia nafikan. Tak percaya yang mengandung ! Hurmm... Saat pelik giler angin dia ! Ngan pemandu kereta yang tak sabar memotong pon dia leh nak ajak gaduh ! Hahahaha .. 

Di rumah , keje dia asyik nak tidur ! Bukan dia jer.. Ngan aku aku sekali ! Bila dah datang macam ni punya angin , memang aku syak dia mengandung ! Ditambah lagi takleh tengok rumah berselerak dan kotor ! Fuhhh.. seriuss ! Aku kena tahan je la masa ni... 

Masa mengandung Zahra dan Qhaliff dulu.. masuk bulan ke 6 baru dia ok ! Bermakna aku kena sabar lagi 5 bulan ! Tu pun kalau dia betul betul disahkan mengandung secara rasmi oleh doktor laa.. Huhuhuh.... Jangan poyo jeee lebih ! Orang kata apa.. Psiko jer ! Tapi rasanya tak laa.. memang ngandung ! Esok g check doktor.. 

Selain perangai wife yang berubah.. perangai Zahra pon sangat berubah ! Fuhhh.. sangat lain la perangai mem ni. Tetiba jadi garang dan suruh dukung memanjang.. Aduh. Naik kebas tangan aku ni. Tapi si abang.. aku rasa dah leh masuk sekolah dah tahun depan. Biar si bongsu dijaga oleh kak ngah! 


Satu je masalah aku nanti ! Kalau ada job di hari biasa.. diorang ni mana aku nak letak ? Adik aku pun sama bulan ngan wife. Pasti mak aku sibuk ngan anak adik aku tu memandangkan mereka duduk serumah.. Aduhhhh ...

Terasa tercabar dengan mereka yang berjaya membesarkan anak anak yang ramai. Mereka berjaya harungi segala cabaran dan aku baru nak mula mengayuh.. huhuhuh...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI