Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 26 Januari 2016

Mudahnya bersenam dengan CustomFit by Fitness First !


Barang gym ada dah kat rumah tapi... hurmm.. Takde mood ! Kalau ada mood sekali pun , dah tak tau nak mula mana satu ! Kalau dah mula pon confirm berterabur ! Kalau kat gym dulu , ada geng.. Boleh la gak berbincang. Kalau kat rumah ? Layan sorang sorang jer.. memang cepat hilang mood ! 


Penyelesaiannya ? Hehehe... Baru baru ni , aku ke Fitness First di The Curve. Di sana , ada pelancaran satu rancangan realiti tv dan juga aplikasi bersenam ! Wowww !  Tak sabar aku nak download dah mencubanya .. 

Dan , bila aplikasi tu dah ada di Google Store ( iOs pon ada ) , aku pun terus downloadnya.. Dan terus mencuba.. 


Sukar ? Tak langsung ! Sangat mudah bila ada CustomFit by Fitness First ni..Sangat user friendly. Bagi mereka yang belum bersedia nak bersenam ke gym , rasanya dgn menggunakan CustomFit by Fitness First ni sangat membantu ! Kalau nak ke gym pon , tak nak guna jurulatih . pon boleh ikut je arahan yang diberikan. Sangat mudah sama sekali ! 

Apakah kelebihan aplikasi CustomFit by Fitness First ni ? Pada awalnya , aku nampak cam biasa jer tetapi selepas aku menerokainya , aku rasa aplikasi sangatlah menarik  dan mudah untuk menurut arahannya..  

Malah kita boleh pilih bentuk senaman dan jangka masa yang kita nak ! Kalau tak tau nak guna alatan , ada video penerangan juga.. Hurmm.. mudah kan ?









Selain dari tu , aplikasi CustomFit by Fitness First ni ada juga memberitahu lokasi lokasi Fitness First yang berhampiran dengan anda serta infomasi yang diperlukan.  Andai kata aku di Cheras ,  maka aku perlu pergi ke Cheras LeisureMall jer.. Kalau tak tau camana nak g , ada peta di berikan ! 



Selain dari tu , ada planner yang mana korang leh save jenis workout korang  dan bagi mereka yang menjadi ahli di Fitness First , korang akan dapat notifikasi atau reminder sehari sebelum hari korang g bersenam ! Takde la nanti terpinga pinga di gym.. Sekurangnya dah dapat pemberitahuan... dah diberitahu laa... kan kan ? 

Ok... yang ni aku ramai suka.. Korang leh track workout korang.. jumlah kalori yang dibakar andai mengikut senaman terpilih dan kongsikan dengan rakan korang ! Haaaa.. Leh la tunjuk kat kengkawan yang korang baru je bakar berapa banyak kalori ! Buktikan yang korang tak malas ! Hahahaha .. kan  ?

Camana nak muat turun ( download ) ? Sila ikut je arahan di bawah.. hehee. Senang sangatt ! 

Untuk download ( Android ) : CustomFit by Fitness First
                         ( iTunes ) : CustomFit by Fitness First

SELAMAT BERSENAM ! 

Best ke Asus ZenFone 2 Laser ?

Aku terus terang ni ! Haaa.. Sebelum ni aku memandang rendah terhadap telefon pintar jenama ASUS ni ! Kenapa ? Haaa... Bukan sebab jenama dia tak terkenal. Giler ko tak terkenal ! Aku main komputer sejak umur 20 tuuuu.. Skang dah 40 tahun ! 20 tahun aku kenal ASUS ni ! Tapi kenapa aku memandang rendah ASUS ? Nanti aku cerita lebih lanjut ehhh.. hehehe .. Dalam entri yang akan datang ! 


Bagi yang pernah guna , sila kongsikan pendapat korang mengenai ASUS ZENFON 2 LASER ni ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI