Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 28 Januari 2016

Bila Samsung Tab 2 aku jatuh tangga..

Terkedu..


Ceritanya bermula begini :

Aku  tidur semalam , jam hampir 4 pagi. Waktu tu aku settlekan kerja kerja blogging dan media sosial aku. Ni punca rezeki aku sekeluarga. Qhaliff setia menemani aku. Walaupun aku suruh dia masuk tidur , dia tetap nak tunggu aku.. Huhuh.. 

Lepas subuh , aku tidur balik. Masih terasa penat sebab hari sebelum tu , aku sibuk ke sana sini disertai dengan gi gym.. workout. Jadi , memang terasa penat sangat badan.. Ikut hati , nak bangun dan settlekan kerja kerja aku tapi nak bukak mata pon tak leh dah.. Wife g kerja , aku pon tak sedar ! Biasanya aku akan temankan dia dulu hingga dia keluar rumah..

Tengah dok sedap tidur.. tetiba aku dikejutkan oleh seseorang. Rupanya Zahra ! Adoi..Baru aku teringat , wife gi kerja. Aku tengok pintu tandas dan pintu bilik tertutup. Nasib baik.. Hurm.. Selepas aku terjaga , Qhaliff pon terjaga.. Aku tengok jam.. Baru jam 10 pagi ! Hurmm.. Confirm dua dua mengantuk lagi tu.. 

Zahra ajak turun bawah.. Qhaliff pon. Sampai bawah , Zahra ajak godek peti ais. Qhaliff mintak air milo kotak. Aku bagi la seorang sekotak. Qhaliff nak dua ! Bila si adik nampak abang pegang dua , dia pon nak gak pegang dua ! Adoi..

Dan bermulalah episod pening kepala ! Untuk legakan sakit pala.. aku bawak dua dua masuk bilik air ! Main air dalam besen besar ! Muat dua dua dalam tu haaa.. Selamat la dalam 15-20 minit.. Bila dalam bilik air lak.. Zahra suka keluar masuk besen tu ! Adoiii.. Licin laaa.. Si Zahra ni memang mencabar skit ! Hati kering ! Nak tak nak.. aku suruh dua dua siap ! Aku siram air dan bawak keluar dari bilik air.. 

Pakaikan baju dan suap makan.  Nak kasi makan , bukan mudah.. Sorang lari sana.. sorang lari sini.. Tengok tv la.. tgk tab laa .. Haishhh.. Dan telefon aku bizii dengan job yang mula masuk.. Walaupun seronok projek banyak tapi terus terang , bukan mudah nak uruskan ! Whatsap sana sini tapi aku tak dapat bagi tumpuan ! Otak aku macam perlu dibahagi 4 ! Huhuhuh... 

Selesai makan.. Qhaliff berak lak.. Zahra pon sibuk nak ikut masuk bilik air ! Nak mandi lagi. Telefon berdering pada masa sama ! Mana satu nak kena uruskan ni ? Hurmmm.. Kena pasang setiausaha la kalau gini.. 

Selesai semua.. Aku buat susu lak. Bawak semua naik atas.. Zahra di tangan kiri aku. Tangan kanan aku dengan botol susu dan handphone. Qhaliff bagi tab dia kat aku . Aku pegang tak betul dan terlepas dari tangan aku !! Maka bersobeklaaahhh ! Gerammmm giler akuu ! Tapi cepat cepat aku pujuk hati..

" Biarlah tab yang jatuh dari Qhaliff yang terjatuh ! Lagi nayaaa !! " .

Dah la sebelum tu , Zahra campak Asus Zenfone 2 Laser aku tuu. Dia ni bukan kaki gadget ! Suka suka dia je campak barang .. ARghhhhhh.. Ku sabarkan diri ! Tak pee.. Aku guna kuasa veto aku yang terakhir ! Dan biasanya memang menjadi la..



Dua dua tidur ! Baru legaaa.. Baru boleh buat kerja kerja blog aku ! Hurmm.. Ni baru dua ! Nanti bulan 9 masuk sorang lagi... haa.. camana tu ?? 

Ingat senang ke nak jaga anak sambil buat kerja ? Sila respek ibu ibu yang meniaga sambil jaga anak tu yer !

Hilang 4 kg dalam masa 2 minggu ?

Wowww ! Tak ku sangka sebenarnya tapi memang dapat rasakan.. seluar semua dah longgar.. Auwww... Rahsianya ? Hehehee.. Macam aku pernah cerita kat korang dua minggu sebelum ni laa.. Kalau korang pembaca tegar blog aku , korang paham yang mana satu.. Ha ?? Yang mana ? Huhhh... nampak sangat datang baca bila tajuk best jer ! Hurmm.. tak pe , tak peee...  Baca tajuk Bagaimana aku berjaya turun ke size M ... 


Selain dari air lemon aku tu serta air detox , aku mula kembali bersenam.. Awal pagi , aku buat di rumah.. Manakala di malam hari , aku gi ke gym berhampiran dengan rumah aku.. hehehe... 




Tapi macam aku kata laa.. Si Qhaliff ni rajin mengekor aku ke mana saja ! Hingga ke gym !! Adehh.. nak workout gile gile kat gym payah.. sebab dia dok ikut aku je.. risau terkena besi lak nanti.. Maka aku main ringan ringan je kat gym.. 

Manakala di rumah.. aku main lebih pada bakar lemak ! Haaa... lebih pada nak kasi peluh keluar ! Bila peluh keluar.. bermakna , kalori terbakar ! Haaa... Nak kasi gitu bukan mudah ! Bukan main belasah jer.. Kena ada 'sifu' laaa ! 

Sapa sifu aku ? Heheheh.. Apa lagi kalau bukan aplikasi CustomFit by Fitness First  ! Senang sangat berlatih guna aplikasi ni.. Ikut jer.. Tak reti , dia ada video tunjuk ajar.. Feel dan layan jer ! InshaAllah.. tengok peluh keluar pastu.. Huhuhuh..






Dan tadi.. aku timbang berat aku.. Dah turun ke 96kg ! Sebelum aku buat semua ni, berat aku lebih 100kg ! Namun gitu aku tak la nampak gemuk pon.. Cuma ada la cam Dinosour jer.. Buruk aihhh.. Dan sekarang , aku rasa ringan sangat badan. Huhuhu.. Baru syiokkkk !

Oh ya.. Makan mau jaga yer ! Jangan merokok dan yang penting ,rehat mesti cukup.. Hehehe.. Paham ? Tak paham.. Sila ke Fitness First.. dapatkan sifu dan enjoylah kehidupan ini..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI