Khamis, 4 Februari 2016

Tanggungjawab Blogger bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan !

Alhamdulillah.. Selesai ! Lama dah plan nak duduk semeja dan bertemu muka dengan 'orang orang besar ' Agensi Anti Dadah Kebangsaan ni.. Kehadiran rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ni atas jemputan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Ada tujuan dan ada motif tapi yang pasti takde kaitan dengan politik ! Haaaa ! 

Dan inilah peluang blogger yakni aku dan rakan rakan membuktikan yang kami ni bukanlah tin kosong yang sembang lebih di dunia maya ! Lagi pun ini bukanlah pertama kali kami terlibat dengan projek begini.. Banyak dahhhhh...banyakkkk ! Tak menang award je ! Ha.. kalau menang , confirm korang tau punyaaa .. 


Bukan satu tanggungjawab yang mudah sebenarnya menerima 'amanah' ni.. Memang berat terutama untuk mewar warkan kepada masyarakat peranan Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan mengenai betapa bahayanya dadah ni pada anak anak kecil kita..

Perbincangan ringkas dibuat bersama dan menghasilkan keputusan yang pastinya memberi sejuta pengalaman baru ! 



Yer..nampak macam tidur tapi tak yer ! Menghayati namanya ini.. Aku mendengar dengan penuh kekusyukan ! Haaaaa... Nak hadam bukan mudah wooo.. maklumlah , masalah kiri kanan sedang melanda aku.. Hehehehe.. Alasan baek punyaaa ! 

Apa pun.. jutaan terima kasih pada Agensi Anti Dadah Kebangsaan kerana memberi kepercayaan kepada kami , bloggers untuk membantu menyebarkan maklumat mengenai aktiviti serta peranan Agensi Anti Dadah Kebangsaan terutamanya mengenai bahayanya dadah ! 

Ku bawa juga Heroes Mens Wash ke Taman Negara !

Ada orang perempuan kata , lelaki pun nak kena ada ke pencuci khas ? Ehhh.. apa ingat lelaki zaman sekarang ni cuma kacak di luar je ke ??? Elooooo !! Tengok orang ,  ok ! Zaman sekarang , tak mustahil lelaki lebih 'bersih' dari perempuan yang bermekap 31 inci tu yer ! Jangan main main yer ! Haaa.. Realiti tauuu ! 

Maka.. aku dan rakan blogger lelaki yang akan ke Taman Negara tak lama lagi akan turut membawa pencuci Heroes Mens Wash ni.. Bukan sebab ada 'masalah' tauuuu tapi sebab kami menjaga kebersihan walaupun kami di dalam hutan  ! Ahaaaa ...

Kalau tak masuk hutan pon , aku tetap guna gak.. terutama selepas setiap kali aku bersenam. Paham paham je la kan.. peluh ! Fuhhhhh.. Kalau tak dicuci dengan betul betul , maka tak hairanlah penyakit akan mudah singgah ! Yelah , bakteria kann.. Haaaa ! Apa jadi bila penyakit sudah datang ? Antaranya , berbauuuu laa ! Fuhhhh.. seluar boleh bau busuk ok ! Jangan pandang enteng masalah gini ! 


Selain dari tu ??  Haaaa... Selain dari itu  : 

  •  kemaluan ( lelakki )  mengelupas/ mengelupas kulit
  • Gatal-gatal
  • Berasa panas (terutamanya ketika melakukan hubungan seks)
  • Kemerahan dan kesakitan
  • kering dan layu
  • terdapat luka-luka kecil
  • Bau busuk yang disebabkan oleh kehadiran bakteria yang menembusi kulit kering
  • Sensitiviti kemaluan berkurangan
Tak leh pakai ke sabun jenis lain ?? Boleh jer tapi Heros Mens Wash ni berbeza dengan produk sabun yang lain sebab Heros Mens Wash ni , khas .. diulangi.. khas untuk bahagian tu saja !! Perlu ingat , bahagian tu kan kulit dia sensitif skit.. Haaa..

Ada banyak lagi sebenarnya kelebihan Heros Mens Wash ni.. Segan aku nak cerita secara terbuka.. Hehehehe.. Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut ... korang leh baca pada entri aku yang lepas di Heros Mens Wash : Produk Khas Untuk Lelaki  atau boleh terus ke Facebook Nanafa Beauty atauuu pun ke Instagram NanafaBeautyHq

Buat mereka yang ada suami tu.. bolehlah belikan untuk suami korang.. letak je dalam bilik air tuu.. tau la diorang gunakan ! Hahahaha.. Jangan risau... ok  ? Haaaa... Murah jer.. tak sampai pon RM50 termasuk pos ! Boleh pakai sebulan apa ?? Haa... 

Kalau nak tau dengan lebih lanjut , sila call terus ke  : 016 412 6546 / 016 980 6500

Akhirnya , aku tertunduk bangga..

Alhamdulillah.. Segala apa yang aku impikan..usahakan dan idamkan , menjadi kenyataan ! Bukan mudah tapi aku berjaya melakukannya dengan kerjasama rakan rakan yang tak henti henti memberi sokongan padu dan tak berbelah bagi ! 

Seawal aku bergelar blogger , aku tidak dipandang sapa sapa ! Yelah.. aku bukannya artis atau selebriti! Malah dipandang rendah oleh sesetengah blogger yang lebih senior dari aku. Hurm.. Dari situ aku nekad.. aku nak mengubah 'suasana ' gini ! Angan angan kosong yang perlu dijadikan kenyataan ! 

Hari demi hari.. bulan demi bulan.. Tahun silih berganti.. Blogger keluar masuk dalam komuniti yang aku tubuhkan.. Dan akhirnya , komuniti blogger yang diberi nama Kelab Blogger Ben Ashaari ini sudah berada di satu tahap yang aku boleh katakan membanggakan sama sekali ! 

Setiap hari.. pasti ada yang berminat untuk bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan dari sektor swasta je yer.. Malah dari sektor awam juga menyatakan minat untuk bekerjasama dengan komuniti yang aku tubuhkan ini.. 

Alhamdulillah.. kejayaan yang dikecapi sekarang ini bukanlah hasil usaha aku seorang.. Ramai yang terlibat ! Dan pastinya , kelab ini dah memberi pulangan pada sesetengah mereka yang sertai  komuniti ini. Di luar jangkaan sebenarnya ! Mereka menikmati kenikmatan yang sepatutnya hanya ' blogger top' jer rasa ! Dulu aku cuma mampu memandang status mereka. Sering impikan apa yang mereka dapat ! Dan bila aku dah merasainya , aku teringin nak rakan rakan lain turut merasainya ! 

Maka... ramailah tersenyum riang ! Dan mereka yang tak menyangka sama sekali akan merasai kenikmatan hasil blogging mereka ! 

Yer.. itulah yang aku rasa selama 5 tahun kebelakangan ini ! Seronok sangat !


Ini cumalah antara kejayaan kecil tetapi besar bagi aku kerana yang uruskan projek ni bukanlah aku tetapi rakan blogger yang mana mendapat ilmu melalui komuniti ini.. Bayangkan dari tak tau apa apa , hinggalah berani proposed projek pada client yang sebenar gini ! Bukan mudah tetapi mereka dah berjaya buktikan ! 

Bak kata aku.. ini cuma baru projek kecil... dalam tahun ini . Dan inshaAllah , banyak lagi projek besar bakal diuruskan kami .... blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ! Yer , dalam diam aku bangga dengan mereka ! Tak sia sia aku wujudkan komuniti ini !! 

Sekurang-kurangnya.. aku dah lakukan satu kebaikan ! Dari mereka yang hanya reti cari keburukan.. lebih baik , kita buat kebaikan .. kan kan ? 

Projek esok.. Agensi Anti Dadah Kebangsaan berminat nak bekerjasama dengan kami. Dan ada beberapa lagi kementerian berminat juga.. Yang pasti , aku kena g meeting ! Dan aku pergi meeting , guna duit sendiri ! Aku tak claim dan amik komisien atas sebarang projek ! 

Ini yang aku terapkan dalam komuniti ini.. Hari ni kita tabur benih , inshaAllah .. andai ada rezeki , kita akan merasai buahnya bersama sama.. Makan tak abis ! 

Bila suami bekerja , si isteri teringin !

Kandungan wife dah masuk minggu ke 7.. Dan rezeki baby no 3 , aku ada banyak job kebelakangan ni. Di kala ekonomi merundum , aku masih mampu menjana pendapatan melalu blog. Lepas la nak bayar hutang piutang dan belanja anak anak makan ais krim Baskin Robin , setiap kali gi Alamanda.. Alhamdulillah.. 

Dan minggu ni , aku ada dua food review ! Aduh.. Food review ni satu cabaran untuk aku. Kenapa ? Wife confirm nampak di Instagram dan Facebook apa yang aku post kan ! Bila dah nampak ? Confirm dia pun akan teringin. Sama la gak aku. Aku pun ada nafsu bila tengok kengkawan post ! Mesti la teringin kan ? Bezanya dia mengandung. Orang perempuan kalau teringin , selagi tak dapat .. dia akan sebut ! Tapi takde la dia kata.. ' baby nakkk.. '. Idok ler tahap gitu.. 

Apa yang boleh aku buat ialah.. aku kena  tapau untuk dia ! Aku dah cakap awal awal.. payah nak tapau ! Tapi jauh di lubuk hati aku , aku tetap akan berusaha untuk tapaukan dia. Takkan aku makan sedap sedap.. dia tengok kan ?  Kuar duit skit bayar , tak pe laa... Tak sampai hati tengok dia mengidam. Nak tunggu esok , belum tentu dapat gi. Ditambah lagi dengan dok kerap muntah ni.. Haaa! 

Yer.. aku tapaukan untuk dia dan Zahra. Aku confirm Qhaliff pasti akan tidur awal sebab petang tadi dia tak tidur langsung.. Hurmm. Dan jangkaan aku tepat ! Sampai je rumah.. wife yang belum lena lagi , aku kejutkan.. 

" Bangun.. abang ada bawak balik makanan.. ".

" Abang beli apa ? " . Lemah je suara dia.. 

" Nasi goreng ada..Ketam dan udang.. ". Jawab aku. 

Zassss .. terus terbukak mata seluas alam bila aku sebut ketam dan udang ! Wowww ! Perempuan.. dalam dia kata tak kisah , sebenarnya dia kisah sangat ! Dan aku terselamat kali ke dua ! Ari tu, dia teringin spagetti dan kebetulan aku memang tapaukan dia spagetti ! 

Dengan pantas dia turun ke bawah.. Zahra join sama ! Dan dua dua tak sabar nak makan ! Hahahahaa.. Sedap ok !! 



Tadi kat sana pon , aku tak makan sangat ! Sibuk amik gambar dan aku bukanlah peminat seafood ! Hehehe.. Tapi wife suka..  Ok la tu kan ? Dan rezeki dia la malam ni.. Zahra pon ! Lena dah dua dua kekenyangan.. Dan aku , baru mulakan tugas.. update blog ! Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI