Jumaat, 5 Februari 2016

Bila El Nino menyerang !

Fuhhh... Sejak El Nino 'singgah' negara kita , aku memang tak berhajat nak keluar di waktu siang. Kalau boleh , petang baru nak keluar rumah. Tu pun masih berbahang ! Tapi bila ada kerja , aku kena keluar waktu siang.. dan sememangnya terasa perit di kulit .. Panas ! 

Tapi berapa ramai yang tahu , mengenai bahayanya cahaya matahari ni kalau direct kena kulit kita ? Haaa... Ultra Violet ! Bahayaaa wooo.. Boleh dapat kanser kulit woooo ! Jangan memain yer.. Kalau boleh elak.. elak woooo ! 

Telefon pintar Asus aku setiap ari beri amaran mengenai UV ni ! Ada satu aplikasi yang memberitahu berapa tinggi UV dan jangkamasanya.. 



Antara contoh dari kanser kulit..


Ada banyak lagi.. Rajin rajin laa google ! Huhuhu.. Takut wo ! Tak berani aku nak memain dengan cuaca di zaman ni.. Tak kira la panas atau hujan. masing masing ada memberi kesan negatif secara tidak langsung.. 

Untuk mata aku , aku dah guna cermin mata yang punya kanta menapis Ultra Violet.  Tapi untuk kulit lak camana ??? Nasib baik aku ada BB Cream dari Cosmoderm


Lega skit ada perlindungan untuk kulit aku.. Walaupun aku pakai topi dan lengan panjang tapi tak menjamin yang membantu 100% . Aku tetap gunakan losyen BB Cream ni setiap kali aku keluar rumah ! Bukan aku saja.. wife dan anak aku pun aku pakaikan.. 

Apakah kelebihan BB Cream dari Cosmoderm ni ? 


BB Cream melindungi kulit anda dari sinaran terik matahari dengan SPF 35+++. Ianya adalah rumusan khas untuk kulit anda disamping membuatkan kulit cantik dan bersih. Ada  2 jenis Bb Cream. Yang pertama ialah , BB Cream with Tea Tree Oil , khas untuk kulit berminyak , dan satu lagi ialah Bb Cream with Rose E  , untuk kulit normal..

Harga  ?? Kalau nak tau harga , sila gi ke laman web rasmi Cosmoderm.. Dapatkan harga selepas diskaun.. Hehehee... 


Tak lama lagi , aku serta rakan rakan blogger akan ke Taman Negara. Walaupun cuaca tak menentu , kami akan bawak juga BB Cream ni ! Aktiviti lasak sepanjang hari  wooo ! Kulit tetap mau jaga juga.. kan kan ? 

Untuk maklumat lanjut , boleh ke : 

Web : www.cosmoderm.com.my 
Facebook : www.facebook.com/Cosmoderm
Instagram :www.instagram.com/cosmoderm
Emailaskcosmoderm@gmail.com
No tel+60 3-5879 6150


Untuk pengetahuan korang.. Cosmoderm dah wujud sejak tahun 2002 yer.. Dan produknya terbukti berkesan. Sebab tu kekal hingga sekarang.. Huhuh...

Selamat membeli belah di Cosmoderm ! 

Aduh.. yer laaa.. Aku tahuu... Aku tahu.. Selain dari beli online , boleh beli kat mana lagi ? Kannnnn ! Aku tahu dah soalan korang tuuu .. Kat Guardian ada , Wellness , Vitacare serta beberapa lagi farmasi terpilih.. Alaa , beli online je laa.. senang ! Heee..





Keluar darah semasa hamil ?


Tiba tiba wife bangun dan tunduk.. Dia periksa seluar dia.. Dia pandang aku..

" Bang.. macam darah je ? "

Huhhhh... Aku tengok.. Memang darah.. tapi cair jer.. Tak macam darah yang biasa kita tengok tu.. Aku cuak dah. Aku ajak dia gi klinik. Check. Dia kata tak larat. Esok jer.. Lagi pun pinggang sakit.. Hurm...

Aku akur.

Sepanjang malam ni , aku jaga Zahra. Tak pergi gym pon. Dah 3 malam aku tak gi gym. Makan pon dah kembali belasah aja ! Huhuh.. Confirm naik balik berat aku.. Tapi malam ni , aku cadang nak buat pelan pelan di rumah jer.. bersama Zahra ! Wife , aku suruh berehat ja dalam bilik... Qhaliff , lena kat depan ruang tamu..

Walaupun hujan , dalam rumah tetap membahang. Zahra ber'pampers' jer.. Huhuhuh... Suruh pakai baju pon dia menjawab..



" Nanakk..".

Dalam hati , masih tak sedap.. Apakah ? Nauzubillah.. mintak dijauhkan.. Aku amik handpone dan google..

'Keluar darah semasa hamil ' , keyword utama aku.. Dan keluar jawapan..

'Apa itu pendarahan ringan dan adakah ianya normal' - BabyCenter
'Punca pendarahan di awal kehamilan' - DrZubaidi

Hurm.. terasa lega sedikit tapi camana pun , esok kena gi klinik untuk buat pemeriksaan. Tak leh main angguk jer.. kan ? Doakan yang terbaik buat kami..


Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI