Khamis, 11 Februari 2016

Sapa derma duit kat aku lak ???

Yes siap ! Tengok jam.. dah jam 2.30 pagi . Mengantuk sangat dah mata ni.. Tak larat nak buat apa apa entri dah.. Tiba tiba , tapak tangan aku gatal.. Orang kata , kalau tapak tangan kanan gatal , tanda nak dapat duit ! Hehehehe.. sememangnya rezeki aku murah semalam.. Ada 3 job dalam tangan dah aku selesaikan .. Cukup untuk settlekan hutang piutang dan belanja anak bini makan.. Alhamdulillah..
Teringin nak tengok duit dalam bank..Terus aku bukak online banking.. Dan mata aku terus membulat ! Apa gila ??? Sapa pulak yang tersalah masuk duit dalam akaun bank aku ni ? Aku tampar pipi aku kiri dan kanan berkali kali ! 

Waaaa... Terbayang TIMBERLAND..OAKLEY... ADIDAS .. NIKE ! Hehehehe.. Esok g Alamanda pon sodap ni ! Hehehehhe... 

Aku naik tingkat atas.. kejut wife ! Wife yang dok lena tidur , terbeliak mata jugak ! Hahahaha.. Maklumlah , tengah bulan.. Paham paham je la kan ? Aku lemparkan senyuman.. hehehe.. Aku jadi orang kaya sekejap.. 

Tidur aku lena ! Dibuai mimpi indah namun begitu , jauh di benak aku masih dok terpikir.. Sapa punya duit lak tu ? Haishhhh.. Tak berkat amik duit orang ni ! Hurmmmm.. Camana eh ? Esok call bank je la.. Tanya sapa yang masukkan.. Tak rela aku nak belanja hak orang ! Huhuhhu.. Cukuplah apa yang dah Allah beri hasil dari kerja aku buat.. Yang macam ni , aku tak berani nak amik.. 

Menjelang pagi.. aku teringat sesuatu.. 

" Mungkin duit tu kot ??? Dan ada beberapa payment untuk job aku buat gak.. Hurmmm.. Tak mustahil kan ?  ". Bisik hati kecil aku.

Aku capai telefon dan buat panggilan.. Alhamdulillah.. hahahaha.... Kawan tu terlupa nak bagitau aku rupanya.. Lega aku.. Terlerai segala persoalan aku.. hehehe.... AMANAH ! AMANAH woiiii ! Kena selesaikan segera .. huhu... 

Walaupun bukan duit aku , aku masih boleh beli gak TIMBERLAND mahupun OAKLEY hasil pendapatan dari blog cuma tahun ni.. nak berjimat skit la kot.. Tahun depan , anak nak sekolah dah ! Huhuhu.. Dan Qhaliff bakal ada adik no 3 ! InshaAllah...

Snek Paru Berempah , sedia dimakan bila bila masa !

Akhirnya , dapat juga aku rasa snek paru berempah ni ! Aku memang hantu 'paru' sejak dulu lagi ! Kalau dapat makan ngan nasi yang panas atau letak dalam maggie , fuhhhhh.. takde harapan aku nak 'sado' laaaa.. asyik makan je laaa ! Hahahaha ...


" Snek Paru Ratah Begitu Saja "

Ratah bila dah defrost. Tapi kalau nak makan panas panas , boleh je goreng atau masukkan dalam microwave...


Tak sabar nak bukak ! Tapi kalau nak bukak , kena ada wife sekali. Kang takut aku makan semua.. terliur lak dia nanti. Huhuhuh... Sabar Ben , sabar ! Kang dah bukak , makan la puas puas ! Takde sapa nak larang.. huhu.. Dalam kepala , nak bikin maggie paru berempah ! Waahhh , menu baru ! Hahahaha..


Malam tiba.. Wife dah masuk tidur.. Snek Paru Berempah ni lom terusik. Aku jeling dan terus jeling.. Akhirnya , aku tak tahann.. Aku ke dapur dan bukak ! Hahahaha.. Godaan kuat woiii !



Ok...Pasti tertanya apa perbezaan paru berempah ni dengan paru yang berada di pasaran ? Kan kan ? Heheheh.. Meh sini aku copy paste dari tuan punya produk ni.. Senang gitu ! Kannnn ! Hehehehe.. apa kelas copy paste eh ? Ok , ok... Paru ni dikatakan diperap dengan rempah istimewa keluarga yang pastinya menerbitkan aroma yang sungguh menyelerakan.. aku sendiri dah bedal dia dalam masa seminit ! Tak sempat nak masak maggie.. hahahaa...

Menariknya , paru berempah ni tak payah susah susah nak goreng dah ! Siap sedia dah pon untuk dimakan begitu saja.. Kalau rajin nak panaskan pon , lagi bagus.. makan ngan nasi putih.. Confirm bertambah punya ! 

Apa ? Berminat nak order ? Hehehe.. Harga??? Er... berapa ehhhh .. sat tanyaa... 

Ok.. ada dua jenis pek yer.. 

1kg : RM40
500gram : RM25

Dan harga tak termasuk kos penghantaran. Ok ? 

Dan kalau berminat nak beli , boleh je hubungi : 019 6656 543  |   013 6313 3037 atau boleh je ke Facebook founder Snek Paru Berempah ni di Syahrul Waheeda Mohd Ali.


Jangan segan segan untuk membeli yer.. Kang terliur je tengok kawan kawan jenjalan sambil makan snek paru berempah ni ! Huhuhuhh...





Cadangan tidak masuk akal untuk naikkan kompaun kesalahan trafik !


Geleng kepala aku membacanya ! Aku sendiri beberapa kali kena saman dan aku dah pon bayar ! Bukanlah aku memecut laju pun.. kebetulan memotong beberapa kenderaan yang memandu agak perlahan.. Bukanlah laju ibarat nak berlumba ! Faham faham je la kan... bawak slow ni mengantuk terutama waktu tengahari atau tengah malam.. Bukanlah nak laju sampai enjin nak tercabut keluar.. Agak agak la pun kan ? 

Bayangkan.. Sekarang ni saman pon maksimum , RM300 .. pon terpaksa diberi diskaun atau sememangnya tak mampu bayar ! Perlu diingatkan , takda sapa nak suka suka derma duit ke PDRM. Baik duit tu buat belanja anak yatim.. huhu.. 

Kalau dinaikkan.. rasa rasa camana ? Yang mampu bayar tu , hokkk yang bawak kereta mewah ! Cadang aku la kan.. Ada dua.. Satu , saman ikut kategori kereta ! Atau kalau nak lagi gempak , pesalah trafik ni ... kasi pilihan... bayar saman atau buat kerja kerja amal seperti bersihkan tandas awam atau longkang di kawasan yang penuh aedes ! Haaaaaa... Amacam ? Hehehe.. Tu contoh kejam je.. Mungkin boleh kasi suruh cuci sangkar harimau keeee... 

En.PDRM kena paham.. rakyat dah la terbeban dengan kenaikan itu ini.. ditambah lagi dengan kemerosotan ekonomi.. nak ditambah lagi dengan kenaikan kompaun gini haaa.. Orang macam aku ni , mana la saja saja nak pandu laju.. Kereta pon dah macam siput sedut ! Terpaksa tekan kuat sikit la untuk cepat skit sampai ke destinasi .. 

Kesimpulan.. Aku bangkang ! Kalau aku kena saman... aku rela naik mahkamah.. Aku tak mampu bayar dah ! RM300 pon dah cukup beban ! Sapa suruh pandu laju ? Dah tu sapa suruh buat 4 lorong ? Kalau bawak perlahan kang harimau lalu.. haaaa ! Camana ???  Gurau jer.. 

Tapi serius.. saya bangkang , Yang Arif... Hurm.. Bangkang pon tak guna dah zaman ni.. Bangkang punya bangkang , diorang mana nak dengar.. Beginilah nasib rakyat... Kalau boleh , suruh pengeluar kereta buat had laju terus pada kereta ! Senang... Nak laju lagi , suruh je tolak kereta tu atau dayung jer .. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI